tadaaa!! layout aku dah berubah.. dalam hati ada taman bunga derr.. keh keh keh.. okay, next entry tak yah type panjang-panjang.. So, aku upload pict je la. bestfren aku ada ramai jugak la.. stat dari tadika untill kat UPSI sekarang ni aku ada bestfren n always contact k.. tapi, bukan nya selalu pun bergamba dengan dorang.. pelik! So, aku cam nak ubah tajuk entry skit la.. suka ati lu je kan nak ubah-ubah.. So, tajuk dia lebih kurang my photograph with my besfren.. aku buang perkataan 'feveret' tu la.. sebabnya x feveret pun sebab gamba tak cantik.. boleh? lantakkk!
ni besfren aku since tadika till now.. gmah n tikah..
masa beraya taun lepas.. abaikan muka buruk aku!
ni bestie aku masa form 6 kat clifford.. Sir Salam.. tempat
mengadu domba.. keke
ni geng-geng kamceng kat upsi
tuty, pijah nini n me
masa sem 1.. aku n tuty
nini, sarah n me
done!! ada lagi pic2 besfren aku yang tak dpt nak upload coz mana ada pic ngan korang la.. huh! yang tak ada jgn tacing k.. nnt kita ambik gamba sesama.. kikiki..
Mencabar jugak challenge yang ke tiga ni.. aku bkn la pro mana bab2 nak bagi idea tuk perfect first date.. aiyakk! redah je la yer..
ye ke? menggerunkannn...
Okay, aku rasa aku ada beberapa idea je la kot.. idea ni pun ntah dapat kelulusan SIRIM ke tak..erkk
1) tepati masa
Kalau nak pastikan first date berjalan lancar, jangan la dtg lewat dari masa yang dijanjikan.. kalau lewat confirm pasangan yang menunggu tu dah spoil pun mood dia..lagi pun mula-mula kita mesti la wat perangai yang kononnya gud2 je kan.. keh2.. tapi kalau awal2, dah tunjuk perangai mesti pasni pasangan kita tu dah expect kita ni memang jenis tak tepati masa..melainkan la ada emergency case, tp tu pun perlu la inform pasangan tu dulu.. tak ada la dia terpinga2 tak tau pape..
2) penampilan menarik
kalau kita nak tengok pasangan kita smart je of cos la kita kena lakukan perkara yang sama.. jangan la keluar pakai selipar jamban je.. baju pun tak iron..nampak sangat kesan yang duk gumpal je baju tu dalam almari.. kedut tang sana, kedut tang sini.. biar la baju tak mahal mana, asalkan berpakaian kemas kan.. ha, lagi satu pastikan kuku tu bersih.. nak lagi kemas kasi potong la.. ni dah la tak nak potong, pastu berkeladak je daki-daki yang hang duk garu satu badan tu dalam kuku.. yewwww! igt, penampilan melambangkan peribadi..
3) jangan pentingkan diri
apa aktiviti yang kita nak wat masa date tu mestilah atas persetujuan bersama.. kalau nak pergi makan or tengok movie ke.. tanya la pendapat pasangan dulu kan.. buat nya pasangan tu nanti tak suka tengok horror movie, tapi kau dah pi booking tiket movie zombi kampung pisang (horror la sangat) tak pun hantu kak limah balik rumah.. pastu dia tak nak tengok crita tu coz takut.. ha, kan dah rugi duit tiket..
ei, malas dah aku cari idea lain.. tiga idea ni pun wat cukup syarat je la.. boleh? nampak nya sindrom2 kemalasan dah bermula..baru challenge yang ke tiga kot.. plz don't try this at home..(-.-)
Yeah! setakat ni aku masih berdisiplin utk update challenge yang ke dua.. big clap for me! arigato gozaimas.. kih kih kih..
my feveret movie?? em, of coz la movie ahli sihir tu.. HARRY POTTER!!! sebelum ni pun aku dah pernah buat skit-skit entry pasal movie ni.. actually, aku berminat dengan movie ni pun bila aku start baca novel dia masa aku form three.. kira-kiranya aku ni terlambat jugak la kena jangkitan demam harry potter ni.. masa tu aku juz pinjam dekat library.. konon-konon baca nak tambahkan penguasaan menulis.. boleh la aku score A subjek BM masa PMR nnt.. penipu nak mampos.. haha.. last2, leh addicted plak dah.. dah la kat library tu juz ada novel dia yang 1st n 2nd je.. hati ni dah pujuk-pujuk nak tau kisah yang seterusnya.. pas pada tu, gigih la aku ngan kakak aku kumpul duit sendiri sebab nak wat koleksi sendiri ketujuh-tujuh novel tu.. so, memang berpuas hati la perabis duit kat novel-novel tu.. memang SUPERB! setiap helaian dalam novel tu mesti membuatkan aku terus-terus nak selak page yang seterusnya..
so, bermula dari novel tu la aku start layan movie dia pulak.. pada pendapat aku, novel lagi feeling la even kena guna imaginasi sendiri.. mana tak nya, movie banyak kot skip drpd crita asal.. tu apa yang aku harap nak tengok dalam movie based on the novel kadang-kadang tak ada.. kuciwa jugak la.. ye la, novel paling tebal tak silap aku ada yang 800+.. so, nak adapt ke movie susah la jugak kan,.. mau makan masa 5-6 jam.. mau panas bontot kau duk lama-lama dalam cinema tu.. haha.. tapi, movie ni pun dah tamat july lepas.. so, nak lepas-lepas kan rindu tengok muka dorang, tgk dvd je la.. kat bawah ni poster movie dia dari episod 1 till 7.. check it out!
Harry Potter And The Sorcerer's Stone
Harry Potter And The Chamber Of Secrets
Harry Potter And The Prisoner of Azkaban
Harry Potter And The Goblet Of Fire
Harry Potter And The Order Of Phoenix
Harry Potter And The Half-Blood Prince
Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1
Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2
Kalau aku bercerita pasal harry potter ni, excited aku memang lain macam.. keh2. gigih je google poster dorang.. so, sape-sape yang tak pernah layan lagi movie or novel dia, try la.. berbaloi-baloi...... (^.-)v
Cabaran for my 1st day dah pun bermula.. sambil bermalas-malasan menunggu waktu berbuka ni boleh la aku update jap.. lagu peberet aku ea? actually aku pun tak tau la secara khususnya lagu peberet aku.. asal kan kuar je lagu-lagu yang terbaru n bes kat telinga ni aku layankan aje..
Tapi wat masa sekarang aku tengah syok layan lagu i do by colbie caillat.. lagu ni dah lama jugak la tapi aku still layan la sampai sekarang.. tak pernah dengar lagi? ha, jom layan jap!
If oneday, aku dah jumpa prince charming aku.. bleh la aku tujukan lagu ni kat dia.. hihihi.. gatal gila.. okay, bye!
p/s: nak tag ramai-ramai lagi la.. bleh? hua2.. mr. arep n cik aya.. sila la join skali.. nak tau jugak sal korang.. keh keh.. nak wat apa? wat benda ni la! 30 things in 30 days challenge.. wink wink...
Dam2 dum, pow2, kebabom.. gila betul dak-dak kampung aku nih.. baru puasa yang ke tujuh, tapi bunyi meriam, mercun roket, mercun bola, mercun katak dan sebagainya dah kedengaran masa hari pertama puasa lagi.. choiiii! menganggu pak imam serta jemaah2 solat tarawih dengan kusyuk je..
Tapi memang best dapat main semua tu kan.. heaven je rasa bila dapat baling mercun bola kat belakang bilik air umah jiran sebelah.. yang tengah shave jambang n misai pun mesti boleh terluka.. aku tak pernah buat..
Puasa tahun ni aku rasa bes sangat-sangat sebab dapat puasa dengan family aku selama sebulan.. ha, ambik kau.. mencekik la puas2 lepas buka puasa tu.. sebelum2 ni, selalunya sempat dalam seminggu je la berpuasa kat umah sebab kena berpuasa dekat negeri orang kan.. lepas tu menu berbuka tu memang kesian la.. huhu.. disebabkan nak berjimat, kadang2 makan menu yang sama tiap2 ari.. mujur la nasi goreng buatan sendiri tu boleh la tahan sedap.. keh keh keh...
Tapi, puasa kali ni kan dalam semester break lagi.. so, memang beruntung sangat la.. sahur pun dah terhidang.. lauk berbuka pun banyak pilihan.. harap-harap, puasa taun depan macam ni lagi.. baru la boleh bertambah montel! Bercuti kat rumah ni pun tak ada apa sangat yang aku buat.. kalau malam2 mcm ni, macam biasa la.. blogwalking je la keje nya.. then, masa usha2 blog cik epal ada la baca pasal 30 things in 30 days challenge.. macam bes je.. aku pun berminat jugak la nak try.. tu pun kalau rajin nak update.. kalau malas boleh skip kan.. (-.-'').. kih kih kih.. So, perkara2 alah ni nnt aku akan update.. juz for fun..
Day 1 — Your favorite song Day 2 — Your favorite movie Day 3 – Your idea of the perfect first date. Day 4 – Your favorite photograph of your best friend. Day 5 – What makes you different from everyone else? Day 6 – A song to match your mood. Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet. Day 8 – A picture of your favourite memory Day 9 – Your current relationship, if single discuss how single life is. Day 10 – A photo of the item you last purchased. Day 11 – 5 facts about you. Day 12 – A photo of something that makes you happy. Day 13 – What kind of person attracts you? Day 14 – Who are you? Day 15 – A TV show you’re currently addicted to. Day 16 – Something you don’t leave the house without. Day 17 – How you hope your future will be like. Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex Day 19 – A picture of something you want to do before you die Day 20 – The meaning behind your blog name. Day 21 – A photo of your favorite place to eat. Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently. Day 23 – Your dream wedding. Day 24 – A photo of something that means a lot to you. Day 25 – Short term goals for this month and why Day 26 – A photo of somewhere you want to go. Day 27 – A picture of your favourite band or artist Day 28 – In this past month, what have you learned? Day 29 – Something you could never get tired of doing. Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days
Kalau ramai2 yang main mesti syok kan.. ni sejenis permainan ke ea? bantai ah.. So, aku nak tag Salam and ain tuk buat benda yang sama.. ain, disebabkan ur challenge dah nak abis, meh aku tambah kan lagi.. haha.. jangan marah ha.. nak tag pak lan jugak.. boleh?
p/s: aku bukan berdisiplin n bukan seorang yang rajin untuk menulis.. so, update2 ni bergantung pada tahap kerajinan aku la.. erkkk
Ha, tu dia.. Petikan lagu budak2 lelaki belakang jalan a.k.a backstreet boys.. baring2 plus kunyah kerepek pisang sambil stalk fb orang yang tertentu sambil telinga tangkap leleh lagu jiwang bes jugak..
Tahun ni aku rasa tahun putus cinta gamaknya.. kat dinding rumah facebook aku banyak yang aku perasan dah bertukar status contoh nya:
Khairul Fahmi Che Mat is single
Tu sekadar contoh okay.. hehe.. tapi mengikut perhatian aku, pasangan-pasangan yang aku tengok bahagia gila sebelum ni duk balas-balas post, komen pun dah bertukar status.. sebelum ni, aku terpikir la jugak bahawa bertuahnya mereka ni bahagia je bila bercinta.. macam takde masalah langsung.. tap tap hari ini dah bertukar status and terus post ayat-ayat berduka cita.. em, dah tersurat bahawa langit tak selalunya cerah kan..
Pada aku bukan mudah nak mengekalkan sesuatu hubungan percintaan ni walaupun masing-masing sayangkan pasangan mereka..aku memang respek sangat sesiapa yang dapat bertahan kisah cinta dorang sampai 5,6 tahun sebelum diijab kabulkan.. aku nak bertahan setahun pun setahun dua pun susah.. huhu..
Tapi, dipertemukan dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul dapat memberikan pengalaman n membuatkan kita lebih berhati-hati dalam menyayangi seseorang kan..
"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."
So, pada siapa-siapa yang tgh frust tertiarap tu boleh la layan lagu ni.. ayat-ayat dalam lagu ni banyak membantu aku masa frust dulu.. ngeh2.. lagu ni pun suggestion daripada bestie aku si Salam.. keke
P/s: The stupidest mistake in life is thinking the one who hurt you the most, won't hurt you again!
Oh, wahai raja buah.. aku memang x suka rupa dan bau kau.. ada orang cakap, rugi aku hidup kat dunia ni sebab tak menikmati kau.. tapi apakan daya, tekak aku tak boleh nak terima la.. adoyaiii..
Berbalik kepada buah ni, menu waktu sahur tadi everything about durian.. mak aku wat bubur kacang durian n cucur durian.. huargh! and memang la ada jugak lauk pauk yang lain tuk bersahur.. tp tekak ngada2 aku ni payah jugak nak telan nasi putih berlauk pauk kan lauk pauk (gila punya ayat, janji phm). hua2. Aku dah bodek2 mak aku malam sebelum nya nak mkn bihun goreng tuk bersahur supaya laju la skit selera aku ni.. ngeh2.. aku memang jarang tolong masak tuk bersahur......
Tapiiii, bila dikejut tuk bersahur tu, aku tengok cucur durian dengan bubur kacang durian yang terhidang... lantas aku terkedek kedek mengambil gelas dan hanya meneguk segelas air putih sambil memandang lesu ke arah menu berkenaan..then, aku menapak dua tiga langkah masuk ke bilik dan menarik selimut dengan rakusnya.. merajuk ngan mak! teruk bebeno perangai.. padahal mak aku dah asing pun bubur kacang yang tak ada durian..
So, kesan nya sekarang.. memang terbaik la.. aku terbaring lesu je menahan kelaparan.. sekian..
p/s: bihun tak digoreng akibat banyak lagi lebihan nasi semasa berbuka semalam.. mak cakap jangan membazir.. bihun akan di postpone kemudian hari.. T_T