.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 15 August 2011

Day 8 – A picture of your favourite memory

My Favourite memory of cos la aku dapat pegi stadium ri tu.. Chelsea vs Malaysia.. that was my 1st time standing in National Stadium.. double triple excited masa tu dapat tengok depan mata sendiri kan..


ngan sticker pun nak bergambar.. senget!

keadaan stadium masa kul 6, maybe..
maskot chelsea
ni provokasi konon-konon haters chelsea la.. mula2 pakai bju  MU,
tapi pastu dia tanggal then campak ke bawah pulakkk then sokong chelsea

Stadium dah stat penuh.. round 8 pm..

warming up before game



tilam Vonoooo~



dorang pun sokong Malaysia.. salute!

eh2, nak ambik gamba saya ea.. ok, ready!

snap! siap.. n lagi..

snap!


  tu je la ea.. malas dah nak upload.. hehe


Sunday, 14 August 2011

new header!

Sebelum ni aku tak kisah pun nak wat header.. tajuk blog pun simple2 je.. tp tgk blog orang lain cantikkkk je header.. aku pun tak nak kalah la nokk.. haha.. so, header di atas la hasil edit aku.. yer, mmg buruk! da la besar gedabak.. tapi  ni1st time aku edit.. kira ok la kan.. lantak! pasni kalau rajin2 aku wat la header lagi lawo.. haish! kecoh..


Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.



haha.. haiwan ni la aku nak bela.. comey kannnnn.. hobi dia sama ngan aku.. suka tido.. nnt leh la aku tido sambil peluk dia.. tp jangan cakar aku dah la.. keh keh keh

Saturday, 13 August 2011

Day 6 – A song to match your mood



Mood- LAZY!


Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info



Bruno Mars- Lazy Song

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all


p/s: sila mute kalau tak nak dengar.. huhu


Friday, 12 August 2011

Day 5 – What makes you different from everyone else?

他のみんなからは、異なるとは何が違うの? fuyoooo! aku pandai type japanese.. caya tak, caya tak?? haha.. maksud dia sama la jugak cam tajuk entry aku tu.. Ok, back to da topic.. blurr dah laaa.. apa yang wat aku beza dari orang lain ea.. kalau hitrik roshan boleh jugak dia cakap jari dia ada sebelas.. erm, hentam je la ea.. 

first, aku mampu menyanyi n mengorat dalam tido.. korang ada? ni aku pun tak berapa nak pasti la kan.. tapi, member aku yang bgtau.. masa aku duk hostel zaman muda-muda dulu, member aku gtau yang aku pi ngorat budak pompuan pakai tudung.. apa ke gila.. lebih kurang gini la dialog aku dalam tido tu..

phewitt! cantik nya budak pakai tudung coklat!

apa ke lesbian aku ni! haha.. terkejut beruk member aku tiba-tiba dengar aku duk ngusha awek malam2 buto.. tapi asal la aku bleh pilih tudung kaler coklat ea. ish! then, masa aku kat rumah sewa kat t.malim plak.. ngah syok-syok tuty duk iron baju.. dia leh dpt dengar muzik free plak dr mulut aku ni.. nak tau aku nyanyi lagu apa?

isabella ada lah, kisah cinta dua dunia
mengapa kita berpisah, namun akhirnya terpisah

haha.. tu sumpah aku tipu.. tapi memang aku ada nyanyi la.. lagu apa tu memori aku ni tak berapa nak ingat.. istimewa kan aku.. kiki

second, aku ni jenis yang mudah dikelentong atau bahasa sedap skit iaitu dikencing.. kalau dengan member-member aku, memang petik jari la kena kencing.. ingat lagi masa aku duk jawab paper math time spm dulu.. time exam spm dah announce kat paper siapa yg terpilih pi PLKN.. aku kalau bayar sejuta pun aku tak nak g.. ye ke..  before masuk dewan tu, member aku si nurul ngan gmah gtau aku yang nama aku ni ada dalam senarai.. padahal bape minggu sebelum tu cikgu dah panggil siapa yang terpilih tuk isi borang apa ntah.. aku ni bantai la percaya bulat2.. mata aku dah stat berair dah, jwb paper math pun dah tak tenang.. balik tu aku check dalam paper, nama aku tak ada pun.. tarak guna punya kawan.. nasib wa tak kantoi paper math tu okay!

third, aku ni seorang yang hangat-hangat tahi ayam serama... contoh nya, macam sekarang ni la.. aku malas dah nak taip perbezaan aku yang ketiga.. istimewa kan?? pedulik.. dia pun tak suh list kan berapa.. dua pun boleh jalan da.. keke.. k, bye!


Thursday, 11 August 2011

Day 4 – Your favourite photograph of your best friend.


tadaaa!! layout aku dah berubah.. dalam hati ada taman bunga derr.. keh keh keh.. okay, next entry tak yah type panjang-panjang.. So, aku upload pict je la. bestfren aku ada ramai jugak la.. stat dari tadika untill kat UPSI sekarang ni aku ada bestfren n always contact k.. tapi, bukan nya selalu pun bergamba dengan dorang.. pelik! So, aku cam nak ubah tajuk entry skit la.. suka ati lu je kan nak ubah-ubah.. So, tajuk dia lebih kurang my photograph with my besfren..  aku buang perkataan 'feveret' tu la.. sebabnya x feveret pun sebab gamba tak cantik.. boleh? lantakkk!

ni besfren aku since tadika till now.. gmah n tikah..
masa beraya taun lepas.. abaikan muka  buruk aku!

salah seorang my besfren mase high scool.. juwa..

ni bestie aku masa form 6 kat clifford.. Sir Salam.. tempat
mengadu domba.. keke

ni geng-geng kamceng kat upsi

tuty, pijah nini n me

masa sem 1.. aku n tuty

nini, sarah n me

done!! ada lagi pic2 besfren aku yang tak dpt nak upload coz mana ada pic ngan korang la.. huh! yang tak ada jgn tacing k.. nnt kita ambik gamba sesama.. kikiki..




Wednesday, 10 August 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Mencabar jugak challenge yang ke tiga ni.. aku bkn la pro mana bab2 nak bagi idea tuk perfect first date.. aiyakk! redah je la yer.. 


ye ke? menggerunkannn... 

Okay, aku rasa aku ada beberapa idea je la kot.. idea ni pun ntah dapat kelulusan SIRIM ke tak..erkk

1) tepati masa 
      
Kalau nak pastikan first date berjalan lancar, jangan la dtg lewat dari masa yang dijanjikan.. kalau lewat confirm pasangan yang menunggu tu dah spoil pun mood dia..lagi pun mula-mula kita mesti la wat perangai yang kononnya gud2 je kan.. keh2.. tapi kalau awal2, dah tunjuk perangai mesti pasni pasangan kita tu dah expect kita ni memang jenis tak tepati masa..melainkan la ada emergency case, tp tu pun perlu la inform pasangan tu dulu.. tak ada la dia terpinga2 tak tau pape.. 

2) penampilan menarik

kalau kita nak tengok pasangan kita smart je of cos la kita kena lakukan perkara yang sama.. jangan la keluar pakai selipar jamban je.. baju pun tak iron..nampak sangat kesan yang duk gumpal je baju tu dalam almari.. kedut tang sana, kedut tang sini.. biar la baju tak mahal mana, asalkan berpakaian kemas kan.. ha, lagi satu pastikan kuku tu bersih.. nak lagi kemas kasi potong la.. ni dah la tak nak potong, pastu berkeladak je daki-daki yang hang duk garu satu badan tu dalam kuku.. yewwww! igt, penampilan melambangkan peribadi..

3) jangan pentingkan diri

apa aktiviti yang kita nak wat masa date tu mestilah atas persetujuan bersama.. kalau nak pergi makan or tengok movie ke.. tanya la pendapat pasangan dulu kan.. buat nya pasangan tu nanti tak suka tengok horror movie, tapi kau dah pi booking tiket movie zombi kampung pisang (horror la sangat) tak pun hantu kak limah balik rumah.. pastu dia tak nak tengok crita tu coz takut.. ha, kan dah rugi duit tiket.. 

ei, malas dah aku cari idea lain.. tiga idea ni pun wat cukup syarat je la.. boleh? nampak nya sindrom2 kemalasan dah bermula..baru challenge yang ke tiga kot.. plz don't try this at home..(-.-)