.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 23 August 2011

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

ekceli, kalau aku keluar rumah nak pi jemur baju aku tinggal la jugak barang-barang yang bakal aku list kan ni.. tapi, if aku nak jenjalan jauh skit.. barang-barang yang wajib aku bawak harus lah:

hp yang dah berkhidmat selama dua taun


duit banyak ni.. emergency nnt kan senang.. lala

aku tak nak polis igt aku ni PATI walaupun muka ada
iras2 Bunga Citra Lestari.. hukhuk

perfume yg x pernah abis lagi.. musykil.

wajib bawa!


kalau rajin, bwk la jugak compact powder ni..

TAMMAT.. VERSI P.RAMLEE


Sunday, 21 August 2011

Day 15 – A reality TV show you’re currently addicted to

aku sekarang ni kurang tengok tv la.. kalau layan tv pun aku duk tengok rancangan masak-memasak ni.. almaklumlah, nak jadi bini solehah.. nak laki sayang kena la pandai memasak.. ye dak? padahal aku nengok masa bulan puasa ni sebab siang-siang tak dapat makan, tengok pun jadi la.. dapat jugak aku duk bayang aku ngah melahap makanan yang dia masak tu.. tak patut, tak patut..

tapi sekarang ni, realiti tv bukan ada sangat dah.. time puasa-puasa kan.. imam muda pun dah tamat aku nak tengok.. kehkehkeh.. just kalau dah boring sgt2, aku layan la jugak 'anda ada 60 saat' kat astro RIA tu.. tapi tu tergolong sama dalam rancangan realiti tv ke? ghasakk la.. ada aku kisah.. rancangan tu not bad la.. aku memang suka kalau rancangan-rancangan yang duk tawar duit banyak-banyak ni.. ($__$).. masa tu boleh la imagine kalau aku dapat duit tu.. bapak best! boleh aku soping.. kehkehkeh..


tapi yang aku paling suka tengok Amazing Race Asia.. latest season dah season 4.. tapi aku selalu dapat tengok yang ulangan je la time cuti sem macam ni..kat rumah sewa tu celah mana aku nak tengok kan.. tv 3 pun kabur semacam je.. sadis sadis..tapi season lepas negara dari filipina yang menang..  tak suka la dorang sebab dorang ni ada konflik ngan team Malaysia.. huhu. suka ati jerrr!

walaupun korang ensem, tapi x suka jugak.. heh!

if ada season 5, tak sabar tuk next season.. hope team Malaysia boleh menang!..


Saturday, 20 August 2011

Day 14 – Who are you?


aku la sailormoon!
dengan kuasa bulan, akan menghukum mu!! wink2!

* janji update kan.. penat kacau dodol owh.. xde mud nak terang panjang lebar.. keh keh keh



Day 13 – What kind of person attracts you?


Selalunya orang akan tertarik kepada individu lain based on their appearanced rite.. so, aku pun macam tu jugak.. tapi taste aku pelik skit.. aku tak minat dak-dak yang macam ni.. ala sweet-sweet gitu konon nya.. baby, baby, baby.. Oooooooooooo~


tapi, aku lagi minat yang muka ala-ala pembunuh bersiri or kaki pukul or perogol.. erk! eh, tak de la sampai cam tu sekali.. tapi muka ala kanak-kanak riang ni tak berapa tertarik la.. tapi muka cam yang kat bawah ni mampu mengoncang iman aku.. wah, gitu!..









ganas tak? ganas tak? kehkehkeh.. tak cukup ganas lagi ni sebenarnya.. malas nak google.. ni la bad influence tengok drama-drama jepun nih! dorang jahat2 pun nampak cool gtu.. nak cool sangat, cari la yang jahat cam simbah asid tu.. lagi la jahat nya.. tapi, aku minat pun sebab konon-kononnya orang yang jahat ni selalu nya penyayang n setia.. ye2 je.. ntah kajian mana xtau. sekali nya ngah baran2, abis awek kena hentakk.! then, kalau orang yang jahat ni orang lain takut skit nak kaco.. so, mst ase selamat je bila ada ngan dia..fakta yang diragui kebenarannya.. tapi tu versi jepun, kalau versi malaysia  mail lambung pun jalan la.. haha




p/s: kena tido awal.. sesi mengacau dodol sok sudah bermula.. *sigh*



Friday, 19 August 2011

Day 12 – A photo of something that makes you happy.

of cos my loving family!

taken on 2008.. 

i love them yesterday,
i love them still,
i always have......
i always will!

Thursday, 18 August 2011

siapa yang like?




fuh!! memang aku jakun! ada aku  kisah.. haha.. tak sangka ada player bola leh like aku punya profile picture.. nak melompat ase.. jakun lagi! -__-".. tapi tak ramai pun yang kenal dia lagi.. aku pun tak bape kenal secara rapat lagi sebenarnya.. ececece.. berangan betul kau.. hak tuiiii! 

tapi setakat yang aku tau dia main tuk harimau muda.. nak curi gamba awak satu boleh? dah ambik dah pun.. keke.. 


wah2! bergaya la.. 
jom mesej2.. bluek!! muntah kalau dia baca.. haha



Day 11 – 5 facts about you.

tiada mudakimah pembuka kata, aku nak terus berkat-kata...........

first, sekarang aku still study kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan membuat pilihan geografi sebagai subjek major dan keusahawanan dan perdagangan sebagai subjek minor aku.. so, bila aku melanjutkan pelajaran dekat universiti ni, karier aku pada masa hadapan tidak lain tidak bukan akan menjadi seorang guru.. tapi fakta tentang diri aku, karier guru merupakan bidang yang aku tidak minati semenjak dari dalam perut mak aku.. cane ni cane ni cane ni.. actually, masa kecik-kecik aku sendiri tak dapat kenalpasti apa yang aku nak jadi bila dah besar nanti.. so, aku just follow pilihan ibu bapa aku yang nak salah seorang dari anak dia jadi pendidik.. bermula dari situ la aku membuat pilihan untuk memilih kerjaya guru sebagai karier aku masa depan.. tengok la cane gayanya aku jadi guru nnt.. jgn jadi cam kat bawah ni sudah.. keh keh keh




second,  aku seorang yang suka menangis.. kadang2 benda yang kecik pun boleh wat aku nangis.. kena marah skit da berair mata.. perempuan kan berjiwa halus.. so, air mata ngn diri aku tak dapat dipisahkan.. kira nya cam bagai aur dengan tebing la... erk!

third, seorg yang talkative.. tapi dengan orang2 yang tertentu je kot.. ngan orang2 yang aku rapat la.. tapi bila berdepan dengan orang yang tak biasa, aku akan menjadi seorang yang sangat pemalu dan paling pendiam di dunia.. bluekk! muntah!

forth, aku minat dengan hasil2 buatan jepun.. terutama anime n drama la.. contoh drama jepun first yang aku layan tak silap aku drama with love.. masa tu aku drjah tiga rasanya.. feeling tengok cte cinta dah meresap dalam diri aku wei.. x boleh bla! haha.. then, masa kecik2 aku layan cte suria baja hitam.. pastu power rangers.. aku ada lima 5 beradik ag masa tu.. aku chop jadi power rangers pink sebab pelakon dia lawo masa tu.. haha.. then berlarutan la tgk sailormoon, dragon ball dll..


fifth, seorang yang boros.. aku ni jenis kalau ada duit tak ada duit pun sama je boros nya.. contoh dalam wallet ada rm50 je la.. tu duit tuk belanja seminggu.. tapi bila aku dah nampak barang yang aku tul2 dah berkenan n barangan yang aku nak beli tu akan mengakibatkan half dari duit yang aku ada tu terbang meliuk-liuk.. aku sanggup berikat perut asalkan apa yang aku berkenan tu dapat.. 

yes, berjaya siap kan entry.. ngantukk sudah..kroh kroh kroh!