.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 22 November 2012

semangat harimau malaya... ;))

disebabkan bz yang terlampau dah lama tak jenguk blog ni.. bz la sangat kan, padahal bz ngadap comp je.. hikhik.. next week dah stat AFF SUZUKI.. semangat harimau malaya dah stat menyerap ni.. ikut ati memang rasa bengang je ngan skuad kebangsaan yang asik kalah je frenly before ni.. tapi alasan king gopal ni cam logik je, so dimaafkan la.. 

haha.. troll memang pandai je kan.. 

juz joking kan.. neway, tuk game yg stat nextweek rasa macam nak pegi semua jeee.. tapi dalam mimpi je kan.. setelah ditapis2, game indon je yang maybe berkesempatan tuk pegi.. tapi juwa plak tak confirm.. sedih la saya cenggini.. kalau dia patah ati tengok abg padini, dia mesti memahami jgk perasaan patah ati kalau tak dapat tgk game malaysia vs indon nanti.. :(((((.. 

selamanya harimau malaya.. o ley ley ley ah ah ah.. (nyanyi ikut rentak,, sekiann...)



cari aku kat seat penonton tu..


proud to be Malaysian!! :))))

p/s: mohon juwa jangan hancur kan harapan saya.. lalalalala





Saturday, 20 October 2012

hari yang ditunggu-tunggu


yeah! ari yang ditunggu tiba jugak.. ri ni ssh nya nak tido even badan penat sangat coz dr pg sampai petang ada kat sekolah..  maybe sebab eksaited sangat nak balik esok sampai tak lena tido..so, takde apa nak wat, tgn gatal2 la update blog.. hehe..

ri ni dari pagi sampai petang, asik makan je sempena meraikan majlis perpisahan dengan warga semensa.. dah set dari rumah mesti tak menangis pun nak berpisah sebab siyesly takde rasa sgt pun sedih tu.. tambah2, disebabkan kelmarin aku ada bertekak dengan student chinese, mood aku nak bersedih lagi la takde..

tapi rupa2 nya air mata berjurai jugak kat skolah tu, tapi disebabkan sedih berpisah ngan guru2  kat situ especiallyy kak shifa ngan cgu zurita.. dorang sangat baik dengan aku kat sini.. bertuah dipertemukan dengan mereka..  start drpd tu berjurai la air mata.

ni la k.shifa.. dia sgt gojes n baik.. arap2 dapat jupe lg pasni..

     
                                     ni cgu zurita.. selaku guru yang bg markah n memimbing aku kat sini.. sgt sporting!!


ni geng2 praktikal.. ah, kenapa aku kecik sgt.. hakhak


dpt adiah lagi! hehe

                         
cikgu2 yg selalu hepi kan bilik guru!
yeay! dpt adiah..=p



















mata dah bagi sign,. so, tak larat dah nak upload gamba..semoga kenangan yang manis diingati selalu, dan pahit dijadikan pengajaran.. akhir kata.........


SAYONARA SEMENSA!





Sunday, 7 October 2012

memori tercipta..


hari ni hanya duduk keseorangan dirumah ditemani kicauan bunyi burung2 gagak.. LOL.. juz a few weeks got to go.. counting da days.. ;)

hari ni just merehatkan diri untuk men'cover' keletihan hari semalam.. huhu.. sebelum tinggalkan sekolah ni, sempat jugak la mencipta memori yang akan diingat sampai bila2.. so, semalam skolah aku ada wat trip tuk pelajar sesi petang ke bukit merah waterpark.. as a guru pengiring, kena la cover eksaited nak berjalan tu kan.. hakhak.. so, utamakan keselamatan students first.. 

sampai kat sana dalam pukul 12 something.. then, depa boleh stat  mandi air selama 4 jam lebih.. aku mula2 sampai tu pergi pusing2 dulu.. tak terjun dulu.. nak usha2 dulu game yang best..  pas pusing 1 waterpark tu, in my mind, game kat gambang most ekstream berbanding dekat bukit merah.. even aku ni penakut jgk, tapi rasa nak mencuba game2 yang ekstream tu lagi menebal. so, disebabkan game ase cm tak bape best, rasa 50-50 jgk la nak membasahkan diri tu.. then, layan2 ambik gamba la dulu.. hakhak                                                                               

mcm takde tempat lain nk bergamba kan.. hekhek



pas pada tu, boring tak tau nak watpe.. pergi jugak la nak merasa game kat sini.. g la sewa pelampung, hajat nak rembat je pelampung org yang tinggal mcm kat gambang dulu.. tapi malang nya kat sini, niat jahat tak termakbul.. hakhak.. so, masa beratur nak dapat kan pelampung secara halal, ada sorang pakcik cuit bahu nak jual sewa pelampung yang dia sewa tadi.. dia nak sewa kan dalam rm10 je.. kalau sewa kat kaunter rm15.. then, tanpa ragu2 aku pun ambik la kan..hikhik.. aku ngn membe aku pun g men ngan gelongsor tu. disebabkan dah men gelongsor yang lebih scary kat gambang tu,so kat bkt merah tak nervous dah.. men pun boleh senyum je.. orang lelaki belakang aku je jerit tak igt dunia.. tak rock lgsg.. kuikui..

then, disebabkan game lain dah takde.. aku g la kat pantai tiruan tu plak.. most of the game mmg sama je dekat gambang.. juz beza yang mana lagi scary.. kalau pantai tiruan kat bukit merah ni dia punya ombak tak  kuat n pantai tiruan dia tak cantik sgt.. x dpt snap picture coz hp dah simpan sebab takut basah.. kat sini la most of students aku berkumpul men sbb kat sini je agaknya yang menarik bg depa.. dorang nak men gelongsor tu kena sewa pelampung plak.. as a student, rm15 jumlah yang agak besarkan.. so, aku lepak la ngn dorang main air kat sana.. kat sana kena layan cam permaisuri je.. hakhak.. aku ngn membe aku duk atas pelampung, dorang tolak n keliling pelampung tu.. pastu dorang wat dejei kat aku ye, dorang senyap pakat2 terbalik kan pelampung tu.. mujur aku ni ada skill berenang, so tak la lemas.. lalala.. dah hampir sejam mandi, students aku ajak g try game yang orang ckp paling scary la kat situ.. apis pun ckp game tu yg tol2 dia serik nak main. aku tak tau apa namanya, tapi gamba dia cam ni..

*ikhsan google

nampak tak scary sgt dalam gamba, tapi game ni memang tak sesuai tuk para ibu yang mengandung.. dia punya curam mmg pikir doploh kali la nak naik.. si aqif student aku cabar aku naik.. dalam ati memang nerves la tgk reaction2 yang dah naik kan, tapi tuk tidak tunduk kepada cabaran aqif, aku redah la jugak.. n dalam ramai2 kat situ, dorang cakap aku la yang paling kuat sekali menjerit masa pelampung kena lepas.. wakakakak.. apa ada hal, janji aku buat jgk kan.. tapi memang nak tercabut la jantung ni rasa masa naik benda alah ni.. then lepas abis game ni aku lepak2 je la before aqif panggil ajak naik chairlift sama2 before balik.. before 2 sempat jgk snap pic, ada jugak la kenangan kan.. 


sebahagian dr student2 aku.. pic dah stat terbalik.. nak tengok sila pusing kan pc anda.. hakhak

pas  main chairlift terus mandi n bersiap2 tuk balik.. ;)



lagi terbalik.. haha


banyak pancaroba nak upload gmba.. so, jadi takde mud lagi.. huh! baik sambung tido.. byeee!

*crita tak tegantung kan? huhuhu






Sunday, 30 September 2012

kenangan terindah.. :)

the place which i love the most besides sawah padi adalah PANTAI.. masa aku mula-mula sampai dulu, mak cik zi ada cakap belakang kawasan ktorg ni ada pantai, tapi dah dua kali ktorg nak g mesti rasa cam takut2 coz nmpak sunyi.. then, terpaksa la patah balik.. semalam sebab bosan tahap gaban, berani kan la diri pegi jugak.. tengok tengok tengok tengok.. memang eksaited sangat.. walaupun kalau orang lain tengok biasa2 je, pada aku memang cantik sangat.. fall in love.. time pergi tu plak tgh sunset..

ombak rindu.. kehkeh

then, time tu boleh tak aku nak bayang aku jd izah versi ombak rindu.. kahkah.. aku pergi sana tanpa planning, so bantai pakai tracksuit je la.. trololo.. 

aku tak paham kenapa gamba ni rotate sendiri..

disebabkan semalam aku pakai tracksuit, ri ni plan nak pergi lagi sebab kalau boleh nak melaram skit.. kuikui.. before pergi pantai aku pergi pasar malam dulu.. aku yang memang pantang nampak tudung bawal cantik2, rembat la dua helai even dah pokai.. pejam mata je la bayar.. hajat nak pakai la g pantai tudung tu, tp syok2 duk iron boleh tercarit lak tudung tu sebab suhu kuat sangat.. oh maiiiii... sentap weh tudung baru jadi cenggitu.. disebabkan kelewatan masa dah coz janji dengan anak cik zi kul 5.30, tapi masa tu dah 5.40..  aku rembat je la tudung semalam sebab tudung 2 je dah iron.. so, takde nak melaram2 dah la.. baju pun terpaksa tukar.. sobsobsob.. then, hasilnya nmpak gambar cam ari semalam jugak la.. juz tukar baju, cardigan n seluar je.. tapi kaler baju tetap sama.. huhuhu


gambar ni pun rotate sendiri jugak..&^%$!!


gamba ni turut mengalami nasib yang sama.. ;(


disebabkan gamba semua jadi macam tu, spoil aku je nak upload gamba.. k bye!

p/s: tudung yang rosak tersebut aku berjaya menukarkan dengan yang baru dekat pasar malam dengan menggunakan taktik yang amat jahat.. wahahaha.. gelak jahat.. T_____T













Thursday, 27 September 2012

kaedah yang bijak!

heavennya rasa esok dah hari jumaat!... still counting the days!.. 19hb oktober segalanya berakhir.. tak dapat nak bayang perasaan last day nanti, happy gile2 or sedih.. kalau nak berpisah dengan students, rasa2 nya tak berapa nak sedih, kalau ada pun ngan dak kelas depan je.. apakah? adakah aku bias? tapi nak wat camano, dak kelas depan je yg pandai respect aku.. kalau yang kelas belakang, bkn setakat respect, siap nganjing2 kan aku ada lah.. bila igt memang sakit ati la.. dak-dak zaman sekarang tahap respect dorang memang bangang.. 

petang td kena relief kelas.. kelas yang paling meluat la aku nak masuk.. kelas 1 sabar.. memang aku hilang sabar sokmo kalau masuk kelas ni.. n ni merupakan kelas akhir bagi form 1.. dah la dua masa kena relief.. bila masuk kelas je 2 orang students yang aku arap sgt tak datang, memang takde.. alhamdulillah.. mula2 masuk je, suasana memang serupa la macam dalam zoo.. kalau tak dapat bayang macam mana, g zoo sekarang n g tempat monyet2.. macam tu la suasana dia.. 

aku suh dorang wat keje n duk diam dalam kelas.. tp bleh wat donno je.. aku ugut nak tulis nama, dorang boleh main2 plak ea.. then, aku ada terpikir 1 alternatif macam mana nak bagi dorang diam. aku suruh  lagi dorang wat kerja yang cikgu dorang dah tinggal kan tu sampai siap.. if dorang tak buat, aku ambik gamba dorang n bagi dekat guru disiplin.. so, bila ada je yang macam malas2, trus aku angkat handphone wat ugutan.. kakaka.. padan muka.. then, ni la hasilnya..

clas yang dapat di control dengan kegunaan teknologi.. kehkeh

masa aku ngaja moral dulu, dak ni la paling kuat auta.. buat keje pun muka tak ikhlas ni.. kahkah


muka cuak sebab kena snap.. malaun belakang tu memang sejenis mambang tak faham bahasa.


kaedah begini berjaya digunakan.. sekian~





Tuesday, 11 September 2012

entry tak penting, xyah baca.. huhu

kan dah cakap takyah baca, sape suh baca jugak.. kan dah bazir 5 minit korang g baca.. huahuahua..

disebabkan skuad kebangsaan kalah lawan vietnam tadi menyebabkan aku rajin untuk menaip entry kali ni..  aku tau result pun melalui update semasa dr semasa kat fb.. nasib baik jugak aku tak tengok live td, kalau tak mesti meroyan 3,4 ari sebab frust.. tak dapat tengok pn sbb keadaan berukband yang kian sadis kelajuannya.. tu la, download crita korea x hengat, so nak akses tv online pun dah tak lepas.. men fb pun lembap! insaf kejap..wuwuwu..T_________T

malas dah cte pasal bola.. malam ni dah malam ke tiga aku menumpang kasih dirumah jiran.. dah tiga malam jugak la aku tido kat sini.. sebabnya...... huhuhuhu.. neway, aku bersyukur sebab aku dipertemukan orang yang baik, yang boleh jaga aku dengan baik dekat sini.. terima kasih pak cik zul sekeluarga.. moga ALLAH murah kan rezeki pak cik Zul sekeluarga dan balas segala kebaikan yang dicurahkan.. Amin~~

then, esok adalah hari terakhir aku akan diobserve oleh guru pembimbing.. aku akan cuba sehabis yang baik.. selepas ni dah merdeka dari debaran n tunggu detik je la nak abis.. 5 weeks more to go.. such a long time.. tak sabar nak balik.. menghabiskan 4 bulan idup di kampung tercinta..

disebabkan tenet slow macam kambing ngembek, nak upload gamba yang berkaitan pun susah.. k, BYE!




Saturday, 8 September 2012

berukband yg kesian.. ;(




nape la banyak sangat cite bes nih! berukband pun dah siap sound aku k coz overlimit.. nak wat cane, cerita2 korea mmg daebak! tgk la kt new tab aku, semuanya korea, korea, korea.. memang nangis ah berukband.. kahkah




tapi antara langkah bijak aku, aku selalu bawak laptop kat sekolah.. download kat sana..kikiki.. bila penyelia lalu mula la wat2 sibuk... tapi kat sekolah dah tak leh download running man tempat web yang aku biasa guna, bila buka mesti ada sekatan dari sekolah.. apakah sekolah dah tau agenda aku? tapi aku lagi bijak, aku cari la link lain tuk download.. kakakaka..  k, sambung tengok cerita.. k, bye!!