.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 14 August 2011

new header!

Sebelum ni aku tak kisah pun nak wat header.. tajuk blog pun simple2 je.. tp tgk blog orang lain cantikkkk je header.. aku pun tak nak kalah la nokk.. haha.. so, header di atas la hasil edit aku.. yer, mmg buruk! da la besar gedabak.. tapi  ni1st time aku edit.. kira ok la kan.. lantak! pasni kalau rajin2 aku wat la header lagi lawo.. haish! kecoh..


Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.



haha.. haiwan ni la aku nak bela.. comey kannnnn.. hobi dia sama ngan aku.. suka tido.. nnt leh la aku tido sambil peluk dia.. tp jangan cakar aku dah la.. keh keh keh

Saturday, 13 August 2011

Day 6 – A song to match your mood



Mood- LAZY!


Get Free Music at www.divine-music.info
Get Free Music at www.divine-music.info



Bruno Mars- Lazy Song

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all


p/s: sila mute kalau tak nak dengar.. huhu


Friday, 12 August 2011

Day 5 – What makes you different from everyone else?

他のみんなからは、異なるとは何が違うの? fuyoooo! aku pandai type japanese.. caya tak, caya tak?? haha.. maksud dia sama la jugak cam tajuk entry aku tu.. Ok, back to da topic.. blurr dah laaa.. apa yang wat aku beza dari orang lain ea.. kalau hitrik roshan boleh jugak dia cakap jari dia ada sebelas.. erm, hentam je la ea.. 

first, aku mampu menyanyi n mengorat dalam tido.. korang ada? ni aku pun tak berapa nak pasti la kan.. tapi, member aku yang bgtau.. masa aku duk hostel zaman muda-muda dulu, member aku gtau yang aku pi ngorat budak pompuan pakai tudung.. apa ke gila.. lebih kurang gini la dialog aku dalam tido tu..

phewitt! cantik nya budak pakai tudung coklat!

apa ke lesbian aku ni! haha.. terkejut beruk member aku tiba-tiba dengar aku duk ngusha awek malam2 buto.. tapi asal la aku bleh pilih tudung kaler coklat ea. ish! then, masa aku kat rumah sewa kat t.malim plak.. ngah syok-syok tuty duk iron baju.. dia leh dpt dengar muzik free plak dr mulut aku ni.. nak tau aku nyanyi lagu apa?

isabella ada lah, kisah cinta dua dunia
mengapa kita berpisah, namun akhirnya terpisah

haha.. tu sumpah aku tipu.. tapi memang aku ada nyanyi la.. lagu apa tu memori aku ni tak berapa nak ingat.. istimewa kan aku.. kiki

second, aku ni jenis yang mudah dikelentong atau bahasa sedap skit iaitu dikencing.. kalau dengan member-member aku, memang petik jari la kena kencing.. ingat lagi masa aku duk jawab paper math time spm dulu.. time exam spm dah announce kat paper siapa yg terpilih pi PLKN.. aku kalau bayar sejuta pun aku tak nak g.. ye ke..  before masuk dewan tu, member aku si nurul ngan gmah gtau aku yang nama aku ni ada dalam senarai.. padahal bape minggu sebelum tu cikgu dah panggil siapa yang terpilih tuk isi borang apa ntah.. aku ni bantai la percaya bulat2.. mata aku dah stat berair dah, jwb paper math pun dah tak tenang.. balik tu aku check dalam paper, nama aku tak ada pun.. tarak guna punya kawan.. nasib wa tak kantoi paper math tu okay!

third, aku ni seorang yang hangat-hangat tahi ayam serama... contoh nya, macam sekarang ni la.. aku malas dah nak taip perbezaan aku yang ketiga.. istimewa kan?? pedulik.. dia pun tak suh list kan berapa.. dua pun boleh jalan da.. keke.. k, bye!


Thursday, 11 August 2011

Day 4 – Your favourite photograph of your best friend.


tadaaa!! layout aku dah berubah.. dalam hati ada taman bunga derr.. keh keh keh.. okay, next entry tak yah type panjang-panjang.. So, aku upload pict je la. bestfren aku ada ramai jugak la.. stat dari tadika untill kat UPSI sekarang ni aku ada bestfren n always contact k.. tapi, bukan nya selalu pun bergamba dengan dorang.. pelik! So, aku cam nak ubah tajuk entry skit la.. suka ati lu je kan nak ubah-ubah.. So, tajuk dia lebih kurang my photograph with my besfren..  aku buang perkataan 'feveret' tu la.. sebabnya x feveret pun sebab gamba tak cantik.. boleh? lantakkk!

ni besfren aku since tadika till now.. gmah n tikah..
masa beraya taun lepas.. abaikan muka  buruk aku!

salah seorang my besfren mase high scool.. juwa..

ni bestie aku masa form 6 kat clifford.. Sir Salam.. tempat
mengadu domba.. keke

ni geng-geng kamceng kat upsi

tuty, pijah nini n me

masa sem 1.. aku n tuty

nini, sarah n me

done!! ada lagi pic2 besfren aku yang tak dpt nak upload coz mana ada pic ngan korang la.. huh! yang tak ada jgn tacing k.. nnt kita ambik gamba sesama.. kikiki..




Wednesday, 10 August 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Mencabar jugak challenge yang ke tiga ni.. aku bkn la pro mana bab2 nak bagi idea tuk perfect first date.. aiyakk! redah je la yer.. 


ye ke? menggerunkannn... 

Okay, aku rasa aku ada beberapa idea je la kot.. idea ni pun ntah dapat kelulusan SIRIM ke tak..erkk

1) tepati masa 
      
Kalau nak pastikan first date berjalan lancar, jangan la dtg lewat dari masa yang dijanjikan.. kalau lewat confirm pasangan yang menunggu tu dah spoil pun mood dia..lagi pun mula-mula kita mesti la wat perangai yang kononnya gud2 je kan.. keh2.. tapi kalau awal2, dah tunjuk perangai mesti pasni pasangan kita tu dah expect kita ni memang jenis tak tepati masa..melainkan la ada emergency case, tp tu pun perlu la inform pasangan tu dulu.. tak ada la dia terpinga2 tak tau pape.. 

2) penampilan menarik

kalau kita nak tengok pasangan kita smart je of cos la kita kena lakukan perkara yang sama.. jangan la keluar pakai selipar jamban je.. baju pun tak iron..nampak sangat kesan yang duk gumpal je baju tu dalam almari.. kedut tang sana, kedut tang sini.. biar la baju tak mahal mana, asalkan berpakaian kemas kan.. ha, lagi satu pastikan kuku tu bersih.. nak lagi kemas kasi potong la.. ni dah la tak nak potong, pastu berkeladak je daki-daki yang hang duk garu satu badan tu dalam kuku.. yewwww! igt, penampilan melambangkan peribadi..

3) jangan pentingkan diri

apa aktiviti yang kita nak wat masa date tu mestilah atas persetujuan bersama.. kalau nak pergi makan or tengok movie ke.. tanya la pendapat pasangan dulu kan.. buat nya pasangan tu nanti tak suka tengok horror movie, tapi kau dah pi booking tiket movie zombi kampung pisang (horror la sangat) tak pun hantu kak limah balik rumah.. pastu dia tak nak tengok crita tu coz takut.. ha, kan dah rugi duit tiket.. 

ei, malas dah aku cari idea lain.. tiga idea ni pun wat cukup syarat je la.. boleh? nampak nya sindrom2 kemalasan dah bermula..baru challenge yang ke tiga kot.. plz don't try this at home..(-.-) 




Tuesday, 9 August 2011

Day 2 — Your favourite movie

Yeah! setakat ni aku masih berdisiplin utk update challenge yang ke dua.. big clap for me! arigato gozaimas.. kih kih kih.. 

my feveret movie?? em, of coz la movie ahli sihir tu.. HARRY POTTER!!! sebelum ni pun aku dah pernah buat skit-skit entry pasal movie ni.. actually, aku berminat dengan movie ni pun bila aku start baca novel dia masa aku form three.. kira-kiranya aku ni terlambat jugak la kena jangkitan demam harry potter ni.. masa tu aku juz pinjam dekat library.. konon-konon baca nak tambahkan penguasaan menulis.. boleh la aku score A subjek BM masa PMR nnt.. penipu nak mampos.. haha..  last2, leh addicted plak dah.. dah la kat library tu juz ada novel dia yang 1st n 2nd je.. hati ni dah pujuk-pujuk nak tau kisah yang seterusnya.. pas pada tu, gigih la aku ngan kakak aku kumpul duit sendiri sebab nak wat koleksi sendiri ketujuh-tujuh novel tu.. so, memang berpuas hati la perabis duit kat novel-novel tu.. memang SUPERB! setiap helaian dalam novel tu mesti  membuatkan aku terus-terus nak selak page yang seterusnya..

so, bermula dari novel tu la aku start layan movie dia pulak.. pada pendapat aku, novel lagi feeling la even kena guna imaginasi sendiri.. mana tak nya, movie banyak kot skip drpd crita asal.. tu apa yang aku harap nak tengok dalam movie based on the novel kadang-kadang tak ada.. kuciwa jugak la.. ye la, novel paling tebal tak silap aku ada yang 800+.. so, nak adapt ke movie susah la jugak kan,.. mau makan masa  5-6 jam.. mau panas bontot kau duk lama-lama dalam cinema tu.. haha.. tapi, movie ni pun dah tamat july lepas.. so, nak lepas-lepas kan rindu tengok muka dorang, tgk dvd je la.. kat bawah ni poster movie dia dari episod 1 till 7.. check it out!


Harry Potter And The Sorcerer's Stone 
Harry Potter And The Chamber Of Secrets
Harry Potter And The Prisoner of Azkaban
Harry Potter And The Goblet Of Fire
Harry Potter And The Order Of Phoenix
Harry Potter And The Half-Blood Prince
Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1
Harry Potter And The Deathly Hallows Part 2

Kalau aku bercerita pasal harry potter ni, excited aku memang lain macam.. keh2. gigih je google poster dorang.. so, sape-sape yang tak pernah layan lagi movie or novel dia, try la.. berbaloi-baloi...... (^.-)v