.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala: 2011
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 31 December 2011

end of 2011~


ari ni dah last day tuk taun 2011.. taun ni nak ckp bermakna, tak jgk la sbb byk benda yg sedih2 kot jadi kat aku.. tapi past is past.. life must go on.. and setiap taun, aku tak pernah berazam apa2 pun.. juz follow the flow.. tp yg aku sentiasa harapkan family aku dijauhkan sebarang kesulitan, ibu bapa aku dikurniakan kesihatan yang baik, then diberikan kesempatan utk balas jasa diorg.. 


tak cukup korum..
neway, may Allah bless us.. Amin~


Thursday 22 December 2011

mgu stress!

blog lama dah tak jenguk!
update entry pun tgal harapan je la..
minggu2 terakhir yg sangat menguji kesabaran aku sebagai student..
dis week almost everyday ada test..
bila balik dari test, tak pernah balik ngan gembira..
asik frust je, dgn carrymark yang x berapa cun..
ada harapan lagi ke nk dpt dean list.. sobs2..

assigmnt yang tak pernah setel lagi.. 
double,triple stress..
no need to worry..
where's a will, there's a way..
smoga segalanya dipermudahkan.. amin~




benci STRESS!!




Saturday 3 December 2011

cinta dan benci!



sesungguhnya aku mmg tak mampu benci kau!

cer korang layan lagu ni,, best!


memories~

minggu yang amat memenatkan last week.. tp even penat still enjoy.. jumaat n sabtu kena g cameron, ahad ke taiping plak.. 4 asmnt kena submit dlm mgu tu.. mereng jgk rasa.. dengan internet yg mmg 'laju', sgt la membantu kannnnn.. even, dah banyak kali g cameron, still rasa enjoy coz prgi dengan cosmate.. such a wonderful memories.. ( rasa cam dah blur nak type entry panjang2 coz dh lama x wat cenggitu).. so, upload picture je sudeyhhhh..

aku adik s.jibeng!

r&r tapah pun jadik



bestie kat upsi..!




upload picture pun mls jugak! choiii!

malas merapu dah la..sory la kalau korang trgolong yang baca entry x semengah ni.. hak3.. mgu ni nk tido puas2.. ok,bye!




Sunday 20 November 2011

picisan mengarut..

even hati aku pernah sakit disebabkan engkau
tapi nape aku still boleh layan kau baik?
ada org cakap aku terlalu lembut hati
sehingga kadang2 aku rasa aku ni tempat kau cari bila diperlukan sahaja..

macam aku ni hanya layak diperguna,
sesungguhnya aku tak pandai nak bermusuh walaupun hati aku memang pandai berdendam,
mulut ku terukir senyuman, tapi hati aku penuh sumpahan..

ok, luahan entry mengarut! 

next game, malaysia vs indon! chaiyo2!







Saturday 12 November 2011

congrate!



congrate Malaysia!!.. siapa x tgk memang la! dr duk layan AIM, baik tgk hoki.. SUPERB!

tiba-tiba in luv ngan player hoki la plak.. nasib depa ni budak2 je.. wink2..

tengok hoki mesti t'igt Mr.A***..

tp syg nya awak tak pernah merasa g final pun lagi.. wakkaka (gelak jahat)

mintak maaf la kalau awak baca..hihihi.. neway, gud luck tuk MASUM nanti.. 

padan muka!


1) penaksiran- week 10
2) metod- week 10
3) GIS- week 9
4)  biogeog- week 11
5)  kaji iklim- week 10

PADAN MUKA! sekarang dah mgu 9.. SUKA LAGI TANGGUH ASSIGNMENT!

*suka hati la! hukhuk




Wednesday 9 November 2011

double triple annoying! huargh!


u make me SICK! nak muntah pun ada.. 
memang beruntung kot kalau jumpa laki sanggup tunggu someone dah bertaun2.
tapi no feeling at all.. paham tak! 


NAK UGUT-UGUT AKU PLAK.. WT*!!


kau mmg annoying giler!


Tuesday 8 November 2011

absolutely rite!



   

p/s: semejak asmnt berlambak2 ni, aku mmg jarang update blog yang penuh ngan ayat merapu.. juz upload pic yg membawa byk makna..

mood: rajin membuat assgmnt! *sigh*


Saturday 22 October 2011

dear heart..


Dear HEART,
please stop getting involved in everything...
Your job is to pump blood, that's it..
Not to catch the feelings.........









Friday 14 October 2011

kantoi!

how come dia bleh tau aku ada blog..
tp, dia cakap dia still did'nt know my link yet..
tapi mambang mana yang gtau aku ada blog ni.. *sigh*
dah susah skit nak luah2 perasaan kat sini.. huhu

to u mr. a***,
if u reading this.. 
it means u already know my link..
neway, congrate to u!
awk stalk saya ea.. keke


Thursday 13 October 2011

fobia



sekarang ni duk putar lagu ni je kat media player!

terkena kot.. 

sekian~


Monday 10 October 2011

oh,bulan.. subhanallah~

tepat jam 11.05 tadi, aku dapat mesej dari sarah.. dia suh aku keluar tengok bulan.. ada lingkaran besar keliling bulan.. mula-mula, aku perhati tak ada apa yang pelik pun kecuali ada warna-warna pelangi keliling bulan tu.. memang cantik.. tapi, pas aku tenung2 beria kat bulan tu, aku nampak cam ada beza warna langit.. baru la aku perasan lingkaran besar tu.. subhanallah.. automatik rasa macam nak menangis.. rasa takut pun ada jugak..rasa macam bulan nak timpa bumi.. rasa kerdil sangat sebagai hamba-Nya.. 

lama la jugak aku duk tengok, tapi lama pastu dah tak ada.. keadaan kembali normal.. nak snap picture pun mmg tak la.. hp mana la mampu nak ambik gamba bulan tu.. so, aku main fb pastu.. ramai la jgk yg post sal bulan ni.. kira nya, memang tu satu fenomena yang luar biasa la kan.. syukur aku berpeluang tengok semua tu.. then, ada jugak yang post pic bulan tu.. siapa-siapa yang tak sempat tengok, bleh la tengok pic ni..



maybe dalam picture nampak biasa-biasa je.. tapi bila tengok sendiri kat luar, we'll feel smthng different..





Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu, namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu..



Saturday 1 October 2011

new update!

it's been sooooo long aku tak update entry.. agak2 ada yang ternanti2 entry aku tak??.. muntah!! nak wat camne, 3 mgu kot tak dpt internet rumah ni.. mati kutu gle bila time malam-malam.. nak layan movie tiap-tiap ari pun loya jugak.. nak wat assignment payah bila takleh online.. ni dah bleh online, syukur la.. mudah la aku nak stalk orang.. tak, tak, tak.. mudah skit nak cari bahan assigment..

so, basically, clas smua ok la.. perasaan berdebar-debar dulu dah beransur hilang.. maybe dah terbiasa tgk muka dia, so relax je kalau bertentang mata pun.. jiwa kental nih! keh keh keh.. ok, masa tuk wat assigment.. ganbatte!!



bakal-bakal cikgu geografi.. amin~

p/s: ce teka mana aku.. kalau betul dpt coki2.. hak hak hak




Tuesday 6 September 2011

semangat baru.. hoyeah!!



lama tak buka benda alah ni.. nasib baik tak lupa password.. tapi nyaris-nyaris gak la nak key in 'KUIH BAHULU' jadi pass my UPSI Portal aku.. okay, tipu!


pkir 40 juta kali nak click ke tak register tu.. plan nak extend 1 sem..!


aik, camne aku leh terclick register plak.. mana butang UNDO!!!! huarghh!!

sem depan aku dah sem lima.. leh dikatakan senior dah la kat UPSI tu.. bleh tunjuk samseng dah la skit2  kat junior.. leh sekeh2 budak yang baru masuk kelmarin la.. berangan je lebih, ati aku baik punya!



time table sem depan....

oh mai god! jadual cam haram ri isnin tu.. ari pertama dah pack kot.. malam tu sah2 terbongkang la atas katil.. culture shock la kononnya.. dah la 4 bulan kot tak mandi awal-awal pagi, tiba-tiba berubah rutin.. haha.. everyday clas stat kul 8.. aku yang wat jadual sendiri, redah je la.. yang penting sabtu n ahad takde clas.. boleh la petang jumaat cabut terus gi rumah abang aku kat kL.. berjimba2 disana..

neway, semester baru ni dimulakan dengan baju kurung baru, pencil box baru, suasana baru n yang paling penting kena semangat pun baru la.. tak nak la dtg clas semata-mata nak full kan attendence je.. arap2 dpt berubah.. kena kejar degree 1st class ok! chaiyo2!!! insyaAllah.. Amin~

p/s: berdebar gila kot nak ngadap muka kau almost everyday!! sabo je la!





Monday 5 September 2011

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


yes! entry ni merupakan challenge aku yang terakhir.. so, pasni tak yah la sibuk2 dah nak update entry.. update bila rajin je la.. 

three good things happened ea? tiga! banyak nya.. ok, sesi membedal je la 3 perkara baik tu.. 

1st.. taun ni dpt duit raya rm57.00 sahaja.. ok la tu.. dah tua bangka still dapat duit raya.. mujur muka awet muda.. ok, perasan!

2nd.. aku dapat mesej dr dia td.. mesej belated besday.. totally hepi jugak la skit.. ayah dia kat hospital, sakit.. so, banyak lagi benda dia nak fikir la dr igt besday aku.. sobs2.. neway, hope ur dad get well soon.. 

3rd.. tahun ni dapat berkumpul sekeluarga beraya sama2.. tp takde jugak lagi gambar sekeluarga raya taun ni memandangkan abah aku demam teruk ari raya pertama yang skrg masih dialami oleh aku.. x guna tul demam ni.. degil nak mampos nak baik..tapi gigih je update blog.. keh2

then, photograph of myself today nggak ada dong.. muka pun sememeh je ngn lesu demam ni.. hingus pun deras mengalir, xde masa aku nak bergambo nya.. tapi bg je la pic latest masa ari raya ri tu ea.. tadaaaaa!



bajet hensem! 


Friday 2 September 2011

besday yang tak bes!






till aku post entry ni, ada 91 orang je yang wish besday kat aku.. sobs2.. neway, thanks to them... ;)

hepi besday to me!
 hepi besday to me! 

aku dah genap berumur 22 tahun.. cepat je masa berlalu.. tapi perangai aku still tak matang macam dulu.. macam budak-budak lagi.. apa ada pada usia kan.. hanya angka..

besday tahun ni, aku rasa macam biasa2 je.. takde excited sangat pun nak tunggu tarikh 2 september tu.. berbeza dengan tahun2 sebelum ni.. mesti nak tengok sape yang 1st wish kat henpon aku.. nak tengok siapa yang ingat kat aku n berharap orang yang wish kat henpon aku adalah dia.. 

tapi kecewa, sampai sekarang tiada langsung ucapan dari dia.. siyesly, sedih plus kecewa.. tapi, kalau pikirkan balik, sape la aku kan di hati dia tuk dia wish besday kat aku.. yang lepas biarlah lepas.. tapi, aku perasan.. benda2 yang melibatkan tarikh ni orang laki memang jarang alert..  kan pak lan? 

masa aku caple ngn someone dulu pun, pernah jugak beliau lupa tarikh lahir aku.. siapa tak bengang kalau boyfren sendiri lupa birth date girlfren kan.. then, perkara tu leh jadi gaduh besar kot.. so, tuk menutup kekecewaan aku ni, aku anggap dia sibuk beraya la tu plus sifat azali dia yang memang seorang pelupa.. 


p/s: dapat call free seminggu.. nak call siapa.. sobs2!


Day 29 – Something you could never get tired of doing.

sape2 yang follow blog aku, jgn muak ea coz asik ada entry aku je kat dashboard korang.. ni sebab challenge aku yang tertangguh, aku update la dlm 1 masa.. 


ok, perkara yang aku tak pernah letih nak wat sepanjang aku idup ni adalah stalk orang.. huahua..
kalau aku ngadap laptop ni, adalah mangsa terjahan yang aku duk perati je..  kalau kat fb tu, aku jarang on9 chat.. sebab aku on9 bukan nak bergosip2.. 

akak aku dah cop guna mohor besar atas dahi aku ni stalker paling berjaya.. haha.. banyak benda yang aku dapat tau bila stalk orang ni.. tapi aku stalk orang yang aku minat, yg membawa makna tuk aku n mencari masalah dengan aku.. sampai kan family dorang aku stalk sekali.. ye la, nak cari maklumat kan.. mesti la sampai ke lubang cacing.. 

tapi banyak keburukannya stalk orang ni.. melalui benda tu aku akan dapat mengetahui kebenaran yang diri sendiri susah nak terima, menyimpan sesuatu perasaan marah, dendam or sewaktu dengan nya.. tapi, walaupun benda tu kadang2 menyakit kan hati, nak wat camne.. that is something i could never get tired of doing.  

p/s: ye, sy sedang stalk kamu.. jaga2, ada mata yang memerhati! huahuahua



Day 28 – In this past month, what have you learned?


bulan yang lepas bulan ramadhan.. so, apa yang aku belajar adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga.. hukhuk.. tapi pada aku, perkara tu tak menjadi perkara besar buat aku pun.. lagipun, kat tg.malim dah biasa berlapar.. disebabkan diri ni malas nak memasak plus berjimat, pernah jugak kot tak makan nasi sampai 5, 6 hari.. anda pernah? ceh, bajet gud2 je orang lain tak pernah buat.. tapi, biasa la.. berjauhan dengan keluarga, kebuluran+ kelaparan menjadi satu kebiasaan.. next week dah pulang ke tg. malim.. tidak indah langsung perasaan nak balik ke sana! %$#^&%!!!

so, apa yang aku belajar sepanjang bulan lepas sebenarnya hargai la masa-masa tinggal di kampung kerana anda pasti tak kebulur.. erkkk! pelajaran ke tu.. ghasakkkk!  



UPSI...! I LOVE U!

 motivate diri sendiri supaya ada semangat nak balik.. *sigh*


Day 27 – A picture of your favourite band or artist


yes! dah challenge yang ke 27! siyes aku nyesal wat benda alah ni.. tak pasal2 kena rajin kan diri update blog.. tapi ntah ada orang baca ke idok kan.. tapi tak penting pun, aku pun  tulis suka2 je.. ;) nak bagi orang ramai baca pun malu.. ayat tunggang langgang.. bleh dapat markah 10/100 je agaknya..

k, back to da topic! ekceli, aku takde la feveret band or artist pun.. takde la nak tampal poster dorang dalam bilik ke, wat wallpaper henpon ke.. sebabnya, aku ni suka dorang time lagu ngah hot2 je.. pas lagu dorang dah basi, aku pi minat kat grup len plak.. 

tapi aku minat tengok artis yang lawa2.. normal kan perempuan suka tgk perempuan lawa.. aku bukan lesbian k.. tapi suka je tgk kecantikan yg dorang miliki.. salah sorang yang aku minat tengok.....................







AYU RAUDHAH! 

hukhuk.. pada aku dia memang cantik.. pakai je la pape kat dia, still sedap mata memandang.. sesuai ngn zaquan.. tapi lain orang lain pendapat nya kan.. peace!






Thursday 1 September 2011

demam raya!

blog lama x update.. challenge dah skip 1 entry.. pedulik! nak wat cane, smlm tiba2 leh demam lak.. igt kan antibodi aku kuat dah bleh lawan virus2 yang menyinggah ni.. budak dua org kat bwh ni la bwk virus ni dari kL.. huhu..

sesi test baju raya!

mak aku pun demam jugak, terbaring je dr pg sampai malam.. sian tengok mak aku.. siyes demam kali ni sangat menyiksakan.. selalunya aku demam biasa2 je.. tapi ri ni, kepala aku sakit sangat sampaikan saudara mara aku yang datang dr temerloh tu pun aku dapat jumpa kejap je.. masa yang selebihnya aku tido dalam bilik.. bangun2 tengok dorang dah balik.. n masa ni jugak la dapat imagine dak dua org kat atas ni sakit kepala melawan demam..patut la dorang tak benti2 nangis.. 

So, challenge yang aku kena wat tu aku skip la lagi ea.. sampai aku tul2 sihat n bijak mengarang ayat baru aku sambung semula.. hehe


Wednesday 31 August 2011

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

tak sangka aku ni berdisiplin jugak.. hakhakhak.. even penat2, kena jugak update blog.. tapi tak yah type panjang2 kan... upload saja.. :)


dah penah post dulu kat sini..



Tuesday 30 August 2011

Day 25 – Short term goals for this month and why

Disamping menjalani ibadah puasa bulan ni, sasaran aku adalah nak turunkan berat badan aku selama berpuasa ni.. tapi nampak nya langsung tak berjaya, malahan naik sampai 3kg plak! apakah??.. sebab2 aku mau turun kan berat badan ni coz muka aku sangat tembam k.. x sesuai ngn badan aku.. so, bila orang tgk pic aku without body.. maksudnya pic muka aku je, dorang mst igt aku ni budak obesiti.. *!$^%$!!!!.. aku pun pelik, maybe makanan2 yang aku makan semua lepas kat pipi kot, tak jatuh dalam perut pun.. -__-'...

N besok plak dah raya.. bila dah ngadap rendang, nasi impit, kuih2 raya.. sorry to say la coz aku tak kan menolak punya.. setaun sekali tuu.. so, sasaran aku tuk bulan ni memang TAK berjaya la.. btw, aku tau bila aku dah kembali ke tg.malim TERCINTA tu, berat badan aku of coz akan susut tanpa perlu berdiet..

So, no need to worry.. selama 2 minggu lagi aku ada kat umah ni aku akan makan sepuas2 nya.. 


rendang ayam!

nasi impit kuah kacang!

semua tu menu wajib..! yes, sok nak mkn banyak, banyak, banyak!!

tido dulu.. sok kena bangun awal dah.. kroh kroh kroh! 


p/s: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN!



Monday 29 August 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.


mak abah la yang sangat bermakna tuk aku!
kalau takde dorang, takde la aku kat dunia ni.. 
even, kadang2 telinga sakit coz bebelan abah yang lagi kuat drpd mak kepada anak2 mereka ni, tapi kena igt.. dat's all for our own good.. :)


Saturday 27 August 2011

Day 23 – Your dream wedding.






aku nak wat semua boleh? muahaha.. 

sebenarnya, aku tak de impian pun nak wedding yang camne.. janji masa tu aku dah sah jadi milik laki aku sudah.. tapi bila nengok video anak pengasas NAZA bawah ni memang dapat wat aku terdetik jugak la..

alangkah indahnya kalau kawin aku nanti macam ni.. ohhhhhhh~ muntah kuning!



p/s: nsem wo laki dia.. hukhuk

Friday 26 August 2011

Day 21 – A photo of your favorite place to eat.



Ni bukan la leh di katakan feveret.. tapi disebabkan aku sentiasa tercampak kat tempat yang ada benda ni je, so kalau rasa nak makan sedap-sedap skit, ini je la yang ado! tapi kalau kat tg. malim kalau rasa2 malas memasak  tu, kedai makan Fajar la tempat persinggahan aku.. kat situ makanan dia boleh tahan sedap jugak la.. harga tu boleh la.. nak ckp murah tak jugak, mahal pun takk.. boleh laa.. kat kedai tu aku suka nasi ayam dia.. tapi tak de gamba kedai tu aku nak upload.. so, situ la kot leh dikatakan tempat feveret aku nak melantak..  sekian~


Wednesday 24 August 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently

Choii!!.. ada jugak challenge yang camni ea.. kebetulan dia pun baru je pas anta msg n aku tak tau kenapa aku berdebar sgt.. i hate dis feeling..  =_='... kena sahut la ni?? eleh, small the pieces la.. huhu.. 

********************


MR. A***,

I have nothing much to say coz i'm really lazy to type those in this entry.. keh keh keh.. n i think let bygone be bygones rite.. but this challenge was force me to write a letter to someone who has hurt me recently.. n the person is u.. yes! you.. no doubt. huhu.. but, can u give me ur adress and 30 cent stamp to send this letter?.. haha.. btw, i'm not sure u will read all of this coz u never know i have a blog except u stalk on me.. kikiki.. ok, serious!

Before that, my dear readers please click the play button bellow to make sure you feel my written..


Mr. A***, 

it's seems like just a few day that thing happened to us.. yes! break off..  even our realtionship that we've build  was end in a worst condition, i guess.. but i thought it gonna be ok day by day.. now, i can accept the fate was written that we are not belong together.. btw, i'd like to thank to you coz treat me nicely since we  are fren till are in love.. N fyi, i'm feel a little bit nervous for our coming semester okay..  it is because we will be a classmate for a sixth month... huhu.. i'm not sure that i have an enough streghth to face u almost everyday.. i am sure that we had share a same feeling rite? Last but not least, i hope we've learn about our mistakes for our own good and be more mature for da future relationship.. i hope we can befriend like the others.. beside that, forgive me if i did wrong and hurting you before.. everybody make mistakes rite.. including me and u.. peace and take care!


********************

haha.. feeling tak korang duk baca sambil layan lagu luv story versi piano tu? saje je aih nak tacing2 malam ni.. tp aku pun takde tacing mana tulis semua ni.. lagi pun aku malas nak reka ayat2 puitis la.. bukan ciri-ciri aku.. n entry kali ni, aku ter 'minah saleh' la skit ea.. ayat pun tunggang langgang .. present n past tense pun aku men langgar je.. aku bukan terer ponnn.. biar lantak! bukan apa, kalau bm aku rasa macam ayat simple2 pun leh wat orang lain baca n dalam pemahaman dorang macam aku ni dalam keadaan sadis sangat or bleh nampak ayat tu cam jiwang sangat.. so, maaf la yer kalau ada cikgu inggeris yang baca karangan aku ni.. saya budak baru belajar.. keh keh keh


this is sweetest thing u did to me. I never ever forget
(T_T)



Day 20 – The meaning behind your blog name.

MISS KOALA!

Aku dah guna nama ni since aku berumur 17 years old tak silap.. masa tu zaman friendster  hot gila-gila la.. aku pun asik add orang yang muka ala gud-gud je kan.. muahaha.. zaman tu tak berapa nak naik lagi la muka buku ni a.k.a fb ni.. aku pun tak berapa kenal lagi erti farmville masa tu.. kehkehkeh.. then, nama kat friendster aku letak nama koala.. 


sebagai contoh je.. aku try on fs aku tadi dah error 404..
dah tak de orang men kot.. hua hua hua

aku berjinak-jinak dengan nama koala ni pun pas aku tengok drama korea sweet spy.. bes gila babas cite nih!    aku menitik air mata kot tengok drama ni.. dalam cerita ni dia ada guna tiga nama binatang.. tapi aku ingat dua je la.. koala dengan rakun..dalam drama mesti la ada hero ngan heroin kan.. pompuan ni keje dia polis trafik then laki tu  keje dia agak jahat2 jugak la..aku tak berapa nak ingat dah benda keje dia wat coz dah bertaun wo aku tengok cter ni.. then, ada 1 incident ni telah menyebabkan pompuan tu terpaksa bersubahat sama dalam pekerjaan laki tu.. so, stat dari tu kalau dorang nak contact kena la guna nama isyarat tak nak terkantoi pape kan.. laki tu bahasa kan diri dia rakun, then pompuan tu koala..bla.. bla.. bla.. bla.. nak tengok g la download.. keh keh keh.. tapi memang superb cite tuh! dah la hero dia gantang, heroin dia cumeyyyyy!




ensem gila wehh!! 



Then, pas abis cerita tu aku duk angau kan crita ni je la.. masa tu takde lagi internet kat umah, pendrive pun tak pandai lagi guna..gigih la pergi cc download pic dorang then simpan dalam disket and jadi kan dorang wallpaper tuk computer kat umah.. huahauhua.. semangat gila je.. So, stat dari tu la aku menggunakan nama tu tuk pape je dari ym, skype, email dll except fb coz dulu someone penah mintak aku pakai nama yang sebenar je dekat situ.. tapi, bila duk kaji-kaji sifat koala ni..sifat dia ada la jugak sama ngan aku.. suka tido n makan.. lagi la masyukkk kan.. keh keh keh.. so, maybe sampai bila-bila la aku akan guna nama ni.. 








Day 19 – A picture of something you want to do before you die



menunaikan haji

membahagiakan ibu bapa

p/s: erm, asal google je banyak pic mat salleh je yang keluar.. ghasakk! 




wordless wednesday 2~




Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex


tajuk entry ni macam bes je.. macam boleh mengutuk je.. huahuahua.. Ya Allah, sesungguhnya aku berada di dalam bulan Ramadhan..tapi ekceli bukan nak mengutuk, just meluahkan apa-apa yang aku rasa perkara tu amat menjengkelkan dan secara tidak langsung boleh menambahkan dosa aku kerana dalam hati aku akan terdetik perkataan 'macam harammmmm je perangai camni!' oh mai god!

first!


     Ni salah satu contoh la.. tapi ada yang lagi dasat kot.. tapi malas aku nak cari.. kalau tak phm apa yang menjengkel kan, meh aku cte.. post yg macam kat atas ni sekadar suam-suam je la tapi boleh la wat sebagai contoh.. langkah pertama, si A ni akan pakai cantik-cantik then ambik gamba sambil buat mulut itik then publish dekat wall FB n buat caption dekat picture tu 'buruk kan saya??' .. padahal dia tau dia comel.. wat the fish.. pastu ada la somene respon pada gambar tu iaitu si A.. Dia akan post kat fb si B n duk puji la seperti contoh yang di atas.. then dorang akan berbalas2 comment dr kul 2pg-2pg esok nya yang nafi ' i tak secomel awk, awk lagi comel la'.. pastu sorang lagi balas 'awak tipu, sy tak comel lgsg! awk comel' pastu bls lagi.. 'apa yg comel, x comel la.. awk lg comel.betul! then bla, bla, bla sampai la beratus2 comment kot.. huahuahua.. kalau orang duk cakap aku comel apa susah, balas je la.. 'thanks, so?? ' haha.. gila riak! gurau jer okay..

********************

second!
      Macam yang anwar hadi ckp kan.... maybe ramai jugak kot yang nyampah penggunaan macam ni.. tapi aku pasan yang selalu guna camni, dak-dak kecik baru nak kenal dunia.. maybe.




********************

third!

      Dak pompuan duk mencarut.. sangat la tidak beradab okay.. even, kalau dah bengang tahap super duper apa sekali pun jangan la tulis F***, l***** kat dinding fb anda tu.. malu weh orang baca.. tambah-tambah ang tu bertudung je.. sweet je nampak, last2 duk maki carut-carut dalam fb.. 


********************

forth!


tAk rASe PeNaT kE aSik KenA oN cAp LoCk TheN oFf CaP LoCk.. AdAkAh AndA rAsa TyPinG bEgInI SANGAT CANTIK! siyes melambatkan typing aku.. sory kalau ter'snap' post ang! sekadar contoh.. (^__^ )v

********************


fifth! 
     Aku dah tak tau apa yang kelima.. otak dah tak dapat berfikir coz ujan sangat lebat skrg ni telah menggoda aku untuk tarik selimut dan kroh kroh kroh!

kepada anda yang terasa coz terkena ngan entry ni mAaf KaN akU, aKu HaNya mEnULiS aPa YanG aKu RaSa... keh keh keh