.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala: September 2011
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 6 September 2011

semangat baru.. hoyeah!!



lama tak buka benda alah ni.. nasib baik tak lupa password.. tapi nyaris-nyaris gak la nak key in 'KUIH BAHULU' jadi pass my UPSI Portal aku.. okay, tipu!


pkir 40 juta kali nak click ke tak register tu.. plan nak extend 1 sem..!


aik, camne aku leh terclick register plak.. mana butang UNDO!!!! huarghh!!

sem depan aku dah sem lima.. leh dikatakan senior dah la kat UPSI tu.. bleh tunjuk samseng dah la skit2  kat junior.. leh sekeh2 budak yang baru masuk kelmarin la.. berangan je lebih, ati aku baik punya!



time table sem depan....

oh mai god! jadual cam haram ri isnin tu.. ari pertama dah pack kot.. malam tu sah2 terbongkang la atas katil.. culture shock la kononnya.. dah la 4 bulan kot tak mandi awal-awal pagi, tiba-tiba berubah rutin.. haha.. everyday clas stat kul 8.. aku yang wat jadual sendiri, redah je la.. yang penting sabtu n ahad takde clas.. boleh la petang jumaat cabut terus gi rumah abang aku kat kL.. berjimba2 disana..

neway, semester baru ni dimulakan dengan baju kurung baru, pencil box baru, suasana baru n yang paling penting kena semangat pun baru la.. tak nak la dtg clas semata-mata nak full kan attendence je.. arap2 dpt berubah.. kena kejar degree 1st class ok! chaiyo2!!! insyaAllah.. Amin~

p/s: berdebar gila kot nak ngadap muka kau almost everyday!! sabo je la!





Monday 5 September 2011

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days


yes! entry ni merupakan challenge aku yang terakhir.. so, pasni tak yah la sibuk2 dah nak update entry.. update bila rajin je la.. 

three good things happened ea? tiga! banyak nya.. ok, sesi membedal je la 3 perkara baik tu.. 

1st.. taun ni dpt duit raya rm57.00 sahaja.. ok la tu.. dah tua bangka still dapat duit raya.. mujur muka awet muda.. ok, perasan!

2nd.. aku dapat mesej dr dia td.. mesej belated besday.. totally hepi jugak la skit.. ayah dia kat hospital, sakit.. so, banyak lagi benda dia nak fikir la dr igt besday aku.. sobs2.. neway, hope ur dad get well soon.. 

3rd.. tahun ni dapat berkumpul sekeluarga beraya sama2.. tp takde jugak lagi gambar sekeluarga raya taun ni memandangkan abah aku demam teruk ari raya pertama yang skrg masih dialami oleh aku.. x guna tul demam ni.. degil nak mampos nak baik..tapi gigih je update blog.. keh2

then, photograph of myself today nggak ada dong.. muka pun sememeh je ngn lesu demam ni.. hingus pun deras mengalir, xde masa aku nak bergambo nya.. tapi bg je la pic latest masa ari raya ri tu ea.. tadaaaaa!



bajet hensem! 


Friday 2 September 2011

besday yang tak bes!






till aku post entry ni, ada 91 orang je yang wish besday kat aku.. sobs2.. neway, thanks to them... ;)

hepi besday to me!
 hepi besday to me! 

aku dah genap berumur 22 tahun.. cepat je masa berlalu.. tapi perangai aku still tak matang macam dulu.. macam budak-budak lagi.. apa ada pada usia kan.. hanya angka..

besday tahun ni, aku rasa macam biasa2 je.. takde excited sangat pun nak tunggu tarikh 2 september tu.. berbeza dengan tahun2 sebelum ni.. mesti nak tengok sape yang 1st wish kat henpon aku.. nak tengok siapa yang ingat kat aku n berharap orang yang wish kat henpon aku adalah dia.. 

tapi kecewa, sampai sekarang tiada langsung ucapan dari dia.. siyesly, sedih plus kecewa.. tapi, kalau pikirkan balik, sape la aku kan di hati dia tuk dia wish besday kat aku.. yang lepas biarlah lepas.. tapi, aku perasan.. benda2 yang melibatkan tarikh ni orang laki memang jarang alert..  kan pak lan? 

masa aku caple ngn someone dulu pun, pernah jugak beliau lupa tarikh lahir aku.. siapa tak bengang kalau boyfren sendiri lupa birth date girlfren kan.. then, perkara tu leh jadi gaduh besar kot.. so, tuk menutup kekecewaan aku ni, aku anggap dia sibuk beraya la tu plus sifat azali dia yang memang seorang pelupa.. 


p/s: dapat call free seminggu.. nak call siapa.. sobs2!


Day 29 – Something you could never get tired of doing.

sape2 yang follow blog aku, jgn muak ea coz asik ada entry aku je kat dashboard korang.. ni sebab challenge aku yang tertangguh, aku update la dlm 1 masa.. 


ok, perkara yang aku tak pernah letih nak wat sepanjang aku idup ni adalah stalk orang.. huahua..
kalau aku ngadap laptop ni, adalah mangsa terjahan yang aku duk perati je..  kalau kat fb tu, aku jarang on9 chat.. sebab aku on9 bukan nak bergosip2.. 

akak aku dah cop guna mohor besar atas dahi aku ni stalker paling berjaya.. haha.. banyak benda yang aku dapat tau bila stalk orang ni.. tapi aku stalk orang yang aku minat, yg membawa makna tuk aku n mencari masalah dengan aku.. sampai kan family dorang aku stalk sekali.. ye la, nak cari maklumat kan.. mesti la sampai ke lubang cacing.. 

tapi banyak keburukannya stalk orang ni.. melalui benda tu aku akan dapat mengetahui kebenaran yang diri sendiri susah nak terima, menyimpan sesuatu perasaan marah, dendam or sewaktu dengan nya.. tapi, walaupun benda tu kadang2 menyakit kan hati, nak wat camne.. that is something i could never get tired of doing.  

p/s: ye, sy sedang stalk kamu.. jaga2, ada mata yang memerhati! huahuahua



Day 28 – In this past month, what have you learned?


bulan yang lepas bulan ramadhan.. so, apa yang aku belajar adalah menahan diri daripada lapar dan dahaga.. hukhuk.. tapi pada aku, perkara tu tak menjadi perkara besar buat aku pun.. lagipun, kat tg.malim dah biasa berlapar.. disebabkan diri ni malas nak memasak plus berjimat, pernah jugak kot tak makan nasi sampai 5, 6 hari.. anda pernah? ceh, bajet gud2 je orang lain tak pernah buat.. tapi, biasa la.. berjauhan dengan keluarga, kebuluran+ kelaparan menjadi satu kebiasaan.. next week dah pulang ke tg. malim.. tidak indah langsung perasaan nak balik ke sana! %$#^&%!!!

so, apa yang aku belajar sepanjang bulan lepas sebenarnya hargai la masa-masa tinggal di kampung kerana anda pasti tak kebulur.. erkkk! pelajaran ke tu.. ghasakkkk!  



UPSI...! I LOVE U!

 motivate diri sendiri supaya ada semangat nak balik.. *sigh*


Day 27 – A picture of your favourite band or artist


yes! dah challenge yang ke 27! siyes aku nyesal wat benda alah ni.. tak pasal2 kena rajin kan diri update blog.. tapi ntah ada orang baca ke idok kan.. tapi tak penting pun, aku pun  tulis suka2 je.. ;) nak bagi orang ramai baca pun malu.. ayat tunggang langgang.. bleh dapat markah 10/100 je agaknya..

k, back to da topic! ekceli, aku takde la feveret band or artist pun.. takde la nak tampal poster dorang dalam bilik ke, wat wallpaper henpon ke.. sebabnya, aku ni suka dorang time lagu ngah hot2 je.. pas lagu dorang dah basi, aku pi minat kat grup len plak.. 

tapi aku minat tengok artis yang lawa2.. normal kan perempuan suka tgk perempuan lawa.. aku bukan lesbian k.. tapi suka je tgk kecantikan yg dorang miliki.. salah sorang yang aku minat tengok.....................







AYU RAUDHAH! 

hukhuk.. pada aku dia memang cantik.. pakai je la pape kat dia, still sedap mata memandang.. sesuai ngn zaquan.. tapi lain orang lain pendapat nya kan.. peace!






Thursday 1 September 2011

demam raya!

blog lama x update.. challenge dah skip 1 entry.. pedulik! nak wat cane, smlm tiba2 leh demam lak.. igt kan antibodi aku kuat dah bleh lawan virus2 yang menyinggah ni.. budak dua org kat bwh ni la bwk virus ni dari kL.. huhu..

sesi test baju raya!

mak aku pun demam jugak, terbaring je dr pg sampai malam.. sian tengok mak aku.. siyes demam kali ni sangat menyiksakan.. selalunya aku demam biasa2 je.. tapi ri ni, kepala aku sakit sangat sampaikan saudara mara aku yang datang dr temerloh tu pun aku dapat jumpa kejap je.. masa yang selebihnya aku tido dalam bilik.. bangun2 tengok dorang dah balik.. n masa ni jugak la dapat imagine dak dua org kat atas ni sakit kepala melawan demam..patut la dorang tak benti2 nangis.. 

So, challenge yang aku kena wat tu aku skip la lagi ea.. sampai aku tul2 sihat n bijak mengarang ayat baru aku sambung semula.. hehe