.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala: September 2012
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 30 September 2012

kenangan terindah.. :)

the place which i love the most besides sawah padi adalah PANTAI.. masa aku mula-mula sampai dulu, mak cik zi ada cakap belakang kawasan ktorg ni ada pantai, tapi dah dua kali ktorg nak g mesti rasa cam takut2 coz nmpak sunyi.. then, terpaksa la patah balik.. semalam sebab bosan tahap gaban, berani kan la diri pegi jugak.. tengok tengok tengok tengok.. memang eksaited sangat.. walaupun kalau orang lain tengok biasa2 je, pada aku memang cantik sangat.. fall in love.. time pergi tu plak tgh sunset..

ombak rindu.. kehkeh

then, time tu boleh tak aku nak bayang aku jd izah versi ombak rindu.. kahkah.. aku pergi sana tanpa planning, so bantai pakai tracksuit je la.. trololo.. 

aku tak paham kenapa gamba ni rotate sendiri..

disebabkan semalam aku pakai tracksuit, ri ni plan nak pergi lagi sebab kalau boleh nak melaram skit.. kuikui.. before pergi pantai aku pergi pasar malam dulu.. aku yang memang pantang nampak tudung bawal cantik2, rembat la dua helai even dah pokai.. pejam mata je la bayar.. hajat nak pakai la g pantai tudung tu, tp syok2 duk iron boleh tercarit lak tudung tu sebab suhu kuat sangat.. oh maiiiii... sentap weh tudung baru jadi cenggitu.. disebabkan kelewatan masa dah coz janji dengan anak cik zi kul 5.30, tapi masa tu dah 5.40..  aku rembat je la tudung semalam sebab tudung 2 je dah iron.. so, takde nak melaram2 dah la.. baju pun terpaksa tukar.. sobsobsob.. then, hasilnya nmpak gambar cam ari semalam jugak la.. juz tukar baju, cardigan n seluar je.. tapi kaler baju tetap sama.. huhuhu


gambar ni pun rotate sendiri jugak..&^%$!!


gamba ni turut mengalami nasib yang sama.. ;(


disebabkan gamba semua jadi macam tu, spoil aku je nak upload gamba.. k bye!

p/s: tudung yang rosak tersebut aku berjaya menukarkan dengan yang baru dekat pasar malam dengan menggunakan taktik yang amat jahat.. wahahaha.. gelak jahat.. T_____T













Thursday 27 September 2012

kaedah yang bijak!

heavennya rasa esok dah hari jumaat!... still counting the days!.. 19hb oktober segalanya berakhir.. tak dapat nak bayang perasaan last day nanti, happy gile2 or sedih.. kalau nak berpisah dengan students, rasa2 nya tak berapa nak sedih, kalau ada pun ngan dak kelas depan je.. apakah? adakah aku bias? tapi nak wat camano, dak kelas depan je yg pandai respect aku.. kalau yang kelas belakang, bkn setakat respect, siap nganjing2 kan aku ada lah.. bila igt memang sakit ati la.. dak-dak zaman sekarang tahap respect dorang memang bangang.. 

petang td kena relief kelas.. kelas yang paling meluat la aku nak masuk.. kelas 1 sabar.. memang aku hilang sabar sokmo kalau masuk kelas ni.. n ni merupakan kelas akhir bagi form 1.. dah la dua masa kena relief.. bila masuk kelas je 2 orang students yang aku arap sgt tak datang, memang takde.. alhamdulillah.. mula2 masuk je, suasana memang serupa la macam dalam zoo.. kalau tak dapat bayang macam mana, g zoo sekarang n g tempat monyet2.. macam tu la suasana dia.. 

aku suh dorang wat keje n duk diam dalam kelas.. tp bleh wat donno je.. aku ugut nak tulis nama, dorang boleh main2 plak ea.. then, aku ada terpikir 1 alternatif macam mana nak bagi dorang diam. aku suruh  lagi dorang wat kerja yang cikgu dorang dah tinggal kan tu sampai siap.. if dorang tak buat, aku ambik gamba dorang n bagi dekat guru disiplin.. so, bila ada je yang macam malas2, trus aku angkat handphone wat ugutan.. kakaka.. padan muka.. then, ni la hasilnya..

clas yang dapat di control dengan kegunaan teknologi.. kehkeh

masa aku ngaja moral dulu, dak ni la paling kuat auta.. buat keje pun muka tak ikhlas ni.. kahkah


muka cuak sebab kena snap.. malaun belakang tu memang sejenis mambang tak faham bahasa.


kaedah begini berjaya digunakan.. sekian~





Tuesday 11 September 2012

entry tak penting, xyah baca.. huhu

kan dah cakap takyah baca, sape suh baca jugak.. kan dah bazir 5 minit korang g baca.. huahuahua..

disebabkan skuad kebangsaan kalah lawan vietnam tadi menyebabkan aku rajin untuk menaip entry kali ni..  aku tau result pun melalui update semasa dr semasa kat fb.. nasib baik jugak aku tak tengok live td, kalau tak mesti meroyan 3,4 ari sebab frust.. tak dapat tengok pn sbb keadaan berukband yang kian sadis kelajuannya.. tu la, download crita korea x hengat, so nak akses tv online pun dah tak lepas.. men fb pun lembap! insaf kejap..wuwuwu..T_________T

malas dah cte pasal bola.. malam ni dah malam ke tiga aku menumpang kasih dirumah jiran.. dah tiga malam jugak la aku tido kat sini.. sebabnya...... huhuhuhu.. neway, aku bersyukur sebab aku dipertemukan orang yang baik, yang boleh jaga aku dengan baik dekat sini.. terima kasih pak cik zul sekeluarga.. moga ALLAH murah kan rezeki pak cik Zul sekeluarga dan balas segala kebaikan yang dicurahkan.. Amin~~

then, esok adalah hari terakhir aku akan diobserve oleh guru pembimbing.. aku akan cuba sehabis yang baik.. selepas ni dah merdeka dari debaran n tunggu detik je la nak abis.. 5 weeks more to go.. such a long time.. tak sabar nak balik.. menghabiskan 4 bulan idup di kampung tercinta..

disebabkan tenet slow macam kambing ngembek, nak upload gamba yang berkaitan pun susah.. k, BYE!




Saturday 8 September 2012

berukband yg kesian.. ;(




nape la banyak sangat cite bes nih! berukband pun dah siap sound aku k coz overlimit.. nak wat cane, cerita2 korea mmg daebak! tgk la kt new tab aku, semuanya korea, korea, korea.. memang nangis ah berukband.. kahkah




tapi antara langkah bijak aku, aku selalu bawak laptop kat sekolah.. download kat sana..kikiki.. bila penyelia lalu mula la wat2 sibuk... tapi kat sekolah dah tak leh download running man tempat web yang aku biasa guna, bila buka mesti ada sekatan dari sekolah.. apakah sekolah dah tau agenda aku? tapi aku lagi bijak, aku cari la link lain tuk download.. kakakaka..  k, sambung tengok cerita.. k, bye!!

Monday 3 September 2012

23 dah.. ;)





pic di atas memang ada kena mengena dgn org yg masih hidup atau pun meninggal dunia.. hakhak.. salah sorg nya of cos la aku.. on 2nd september, aku dah genap umur 23 taun.. ah, lambat la aku keluar.. masa tu juwa dah bleh merangkak dah pun tapi aku baru nak potong tali pusat.. ah, persetankan... ok, merujuk pic diatas, memang hepi skit la (berlagak) bila orang wish kat wall aku tu, n doa2 dorg diharap diperkenankan la.. then, kat situ jugak boleh tgk sape2 yg rajin wish kan.. kalau aku ni memang spesies yg malas la, so aku respect jgk la sape yg x kenal aku pun boleh wish.. salah sorg nyaaaa!

cer teka sape.. hekhek


maybe kalau korang arif dalam sukan bola sepak kat malaysia ni korg kenal la.. ni la coach bola nogori 9.. hehe.. n ni mmg officially yang dia punya k, tarak fake punya maaa.. so, cam terkejut jgk la.. x sangka jgk even dia x kenal rajin jgk kan dia nak wish.. hihi.. ala, tu pun nak bangga, len la wenger ke, alex ferguson ke yg wish.. ada aku kisah?? hakhak

skrg dah tua2, x eksaited mana da.. idup membujang lagi la rasa besday ni biasa2 je.. kol seminggu 2 pun dah tak taw nak kol sape, no upax plak tu, terbatas la.. so, terbengkalai je la.. ok, tutup pasai besday..

petang td boring2, aku menghabiskan masa ke satu tempat yg mmg nak pergi sgt kat sini.. tak tau la nape jakun sgt aih.. sebelum ni tak tau la kwsn ini dekat je, tp kelmarin guru pembimbing aku bwk aku p makan kenduri kawin kat situ.. so, baru la tau kewujudan kawasan ni.. 


ei, xpaham la.. nape dia rotate cmni sendiri..
disebabkan semua pic dia rotate sendiri jadi terbalik camni, aku malas nak upload da.. huhu.. aku g sawah padi petang td, takde beskal je nak kayuh, kalau tak bleh berangan jadi dhia kan.. hakhak..siyes sangat cantik.. next time nak g lagi.. insyaAllah..