.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 8 August 2011

Day 1 — Your favorite song

Cabaran for my 1st day dah pun bermula.. sambil bermalas-malasan menunggu waktu berbuka ni boleh la aku update jap.. lagu peberet aku ea? actually aku pun tak tau la secara khususnya lagu peberet aku.. asal kan kuar je lagu-lagu yang terbaru n bes kat telinga ni aku layankan aje..

Tapi wat masa sekarang aku tengah syok layan lagu i do by colbie caillat.. lagu ni dah lama jugak la tapi aku still layan la sampai sekarang.. tak pernah dengar lagi? ha, jom layan jap!




If oneday, aku dah jumpa prince charming aku.. bleh la aku tujukan lagu ni kat dia.. hihihi.. gatal gila.. okay, bye!

p/s: nak tag ramai-ramai lagi la.. bleh? hua2.. mr. arep n cik aya.. sila la join skali.. nak tau jugak sal korang.. keh keh.. nak wat apa? wat benda ni la! 30 things in 30 days challenge.. wink wink...


new challenge!

Dam2 dum, pow2, kebabom.. gila betul dak-dak kampung aku nih.. baru puasa yang ke tujuh, tapi bunyi meriam, mercun roket, mercun bola, mercun katak dan sebagainya dah kedengaran masa hari pertama puasa lagi.. choiiii! menganggu pak imam serta jemaah2 solat tarawih dengan kusyuk je.. 

Tapi memang best dapat main semua tu kan.. heaven je rasa bila dapat baling mercun bola kat belakang bilik air umah jiran sebelah.. yang tengah shave jambang n misai pun mesti boleh terluka.. aku tak pernah buat.. 

Puasa tahun ni aku rasa bes sangat-sangat sebab dapat puasa dengan family aku selama sebulan.. ha, ambik kau.. mencekik la puas2 lepas buka puasa tu.. sebelum2 ni, selalunya sempat dalam seminggu je la berpuasa kat umah sebab kena berpuasa dekat negeri orang kan.. lepas tu menu berbuka tu memang kesian la.. huhu.. disebabkan nak berjimat, kadang2 makan menu yang sama tiap2 ari.. mujur la nasi goreng buatan sendiri tu boleh la tahan sedap.. keh keh keh...

Tapi, puasa kali ni kan dalam semester break lagi.. so, memang beruntung sangat la.. sahur pun dah terhidang.. lauk berbuka pun banyak pilihan.. harap-harap, puasa taun depan macam ni lagi.. baru la boleh bertambah montel! Bercuti kat rumah ni pun tak ada apa sangat yang aku buat.. kalau malam2 mcm ni, macam biasa la.. blogwalking je la keje nya.. then, masa usha2 blog cik epal ada la baca pasal 30 things in 30 days challenge.. macam bes je.. aku pun berminat jugak la nak try.. tu pun kalau rajin nak update.. kalau malas boleh skip kan.. (-.-'').. kih kih kih.. So, perkara2 alah ni nnt aku akan update.. juz for fun..

Day 1 — Your favorite song
Day 2 — Your favorite movie 
Day 3 – Your idea of the perfect first date.
Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 – What makes you different from everyone else?
Day 6 –  A song to match your mood.
Day 7 –  A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 –  A picture of your favourite memory
Day 9 –  Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 – A photo of the item you last purchased.
Day 11 –  5 facts about you.
Day 12 –  A photo of something that makes you happy. 
Day 13 – What kind of person attracts you?
Day 14 – Who are you?
Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 – Something you don’t leave the house without.
Day 17 – How you hope your future will be like.
Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 – A picture of something you want to do before you die 
Day 20 – The meaning behind your blog name.
Day 21 – A photo of your favorite place to eat.
Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 –  Your dream wedding.
Day 24 – A photo of something that means a lot to you.
Day 25 – Short term goals for this month and why 
Day 26 – A photo of somewhere you want to go.
Day 27 – A picture of your favourite band or artist 
Day 28 – In this past month, what have you learned?
Day 29 – Something you could never get tired of doing.
Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Kalau ramai2 yang main mesti syok kan.. ni sejenis permainan ke ea? bantai ah.. So, aku nak tag Salam and ain tuk buat benda yang sama.. ain, disebabkan ur challenge dah nak abis, meh aku tambah kan lagi.. haha.. jangan marah ha.. nak tag pak lan jugak.. boleh?

p/s: aku bukan berdisiplin n bukan seorang yang rajin untuk menulis.. so, update2 ni bergantung pada tahap kerajinan aku la.. erkkk


Sunday, 7 August 2011

broken heart..

I'll never break your heart
I'll never make you cry
I'd rather die than live without you
I'll give you all of me
Honey,, that's no lie

Ha, tu dia.. Petikan lagu budak2 lelaki belakang jalan a.k.a backstreet boys.. baring2 plus kunyah kerepek pisang sambil stalk fb orang yang tertentu sambil telinga tangkap leleh lagu jiwang bes jugak.. 

Tahun ni aku rasa tahun putus cinta gamaknya.. kat dinding rumah facebook aku banyak yang aku perasan dah bertukar status contoh nya:

Khairul Fahmi Che Mat is single



Tu sekadar contoh okay.. hehe.. tapi mengikut perhatian aku, pasangan-pasangan yang aku tengok bahagia gila sebelum ni duk balas-balas post, komen pun dah bertukar status.. sebelum ni, aku terpikir la jugak bahawa bertuahnya mereka ni bahagia je bila bercinta.. macam takde masalah langsung.. tap tap hari ini dah bertukar status and terus post ayat-ayat berduka cita.. em, dah tersurat bahawa langit tak selalunya cerah kan..

Pada aku bukan mudah nak mengekalkan sesuatu hubungan percintaan ni walaupun masing-masing sayangkan pasangan mereka..aku memang respek sangat sesiapa yang dapat bertahan kisah cinta dorang sampai 5,6 tahun sebelum diijab kabulkan.. aku nak bertahan setahun pun setahun dua pun susah.. huhu.. 

Tapi, dipertemukan dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang betul dapat memberikan pengalaman n membuatkan kita lebih berhati-hati dalam menyayangi seseorang kan.. 

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

So, pada siapa-siapa yang tgh frust tertiarap tu boleh la layan lagu ni.. ayat-ayat dalam lagu ni banyak membantu aku masa frust dulu.. ngeh2.. lagu ni pun suggestion daripada bestie aku si Salam.. keke



P/s: The stupidest mistake in life is thinking the one who hurt you the most, won't hurt you again!

Friday, 5 August 2011

durian membuatkan aku kelesuan..






Oh, wahai raja buah.. aku memang x suka rupa dan bau kau.. ada orang cakap, rugi aku hidup kat dunia ni sebab tak menikmati kau.. tapi apakan daya, tekak aku tak boleh nak terima la.. adoyaiii.. 

Berbalik kepada buah ni, menu waktu sahur tadi everything about durian.. mak aku wat bubur kacang durian n cucur durian.. huargh! and memang la ada jugak lauk pauk yang lain tuk bersahur.. tp tekak ngada2 aku ni payah jugak nak telan nasi putih berlauk pauk kan lauk pauk (gila punya ayat, janji phm).  hua2. Aku dah bodek2 mak aku malam sebelum nya nak mkn bihun goreng tuk bersahur supaya laju la skit selera aku ni.. ngeh2.. aku memang jarang tolong masak tuk bersahur......

Tapiiii, bila dikejut tuk bersahur tu, aku tengok cucur durian dengan bubur kacang durian yang terhidang... lantas aku terkedek kedek mengambil gelas dan hanya meneguk segelas air putih sambil memandang lesu ke arah menu berkenaan..then, aku menapak dua tiga langkah masuk ke bilik dan menarik selimut dengan rakusnya.. merajuk ngan mak! teruk bebeno perangai.. padahal mak aku dah asing pun bubur kacang yang tak ada durian.. 

So, kesan nya sekarang.. memang terbaik la.. aku terbaring lesu je menahan kelaparan.. sekian..

p/s: bihun tak digoreng akibat banyak lagi lebihan nasi semasa berbuka semalam.. mak cakap jangan membazir.. bihun akan di postpone kemudian hari.. T_T


punca kekalahan Mas vs Singapura

Setelah berakhirnya perlawanan antara Mas vs Singapura minggu lepas, baru la aku tau punca kekalahan skuad kebangsaan..

ini semua di sebab kan..

**

***

****

*****


kalau tak clear sila zoom ea.. sumpah lawak! haha.. btw, just joking!

banyak lagi post yang lawak2 dekat kakifacebook.com.... kalau rasa2 nak release tensen try la google.. (^_~)


Monday, 1 August 2011

Ahlan Ya Ramadhan


Alhamdulillah.. 
aku bersyukur kerana masih berpeluang untuk menjalani ibadah puasa pada kali ini..

Mari lah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadat kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan ganjaran dan keampunan..

Semoga amal ibadat ku diterima ALLAH S.W.T.. Amin~