.header img { margin-$startside:auto; margin-$endside:auto; } miss koala: Day 3 – Your idea of the perfect first date.
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 10 August 2011

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Mencabar jugak challenge yang ke tiga ni.. aku bkn la pro mana bab2 nak bagi idea tuk perfect first date.. aiyakk! redah je la yer.. 


ye ke? menggerunkannn... 

Okay, aku rasa aku ada beberapa idea je la kot.. idea ni pun ntah dapat kelulusan SIRIM ke tak..erkk

1) tepati masa 
      
Kalau nak pastikan first date berjalan lancar, jangan la dtg lewat dari masa yang dijanjikan.. kalau lewat confirm pasangan yang menunggu tu dah spoil pun mood dia..lagi pun mula-mula kita mesti la wat perangai yang kononnya gud2 je kan.. keh2.. tapi kalau awal2, dah tunjuk perangai mesti pasni pasangan kita tu dah expect kita ni memang jenis tak tepati masa..melainkan la ada emergency case, tp tu pun perlu la inform pasangan tu dulu.. tak ada la dia terpinga2 tak tau pape.. 

2) penampilan menarik

kalau kita nak tengok pasangan kita smart je of cos la kita kena lakukan perkara yang sama.. jangan la keluar pakai selipar jamban je.. baju pun tak iron..nampak sangat kesan yang duk gumpal je baju tu dalam almari.. kedut tang sana, kedut tang sini.. biar la baju tak mahal mana, asalkan berpakaian kemas kan.. ha, lagi satu pastikan kuku tu bersih.. nak lagi kemas kasi potong la.. ni dah la tak nak potong, pastu berkeladak je daki-daki yang hang duk garu satu badan tu dalam kuku.. yewwww! igt, penampilan melambangkan peribadi..

3) jangan pentingkan diri

apa aktiviti yang kita nak wat masa date tu mestilah atas persetujuan bersama.. kalau nak pergi makan or tengok movie ke.. tanya la pendapat pasangan dulu kan.. buat nya pasangan tu nanti tak suka tengok horror movie, tapi kau dah pi booking tiket movie zombi kampung pisang (horror la sangat) tak pun hantu kak limah balik rumah.. pastu dia tak nak tengok crita tu coz takut.. ha, kan dah rugi duit tiket.. 

ei, malas dah aku cari idea lain.. tiga idea ni pun wat cukup syarat je la.. boleh? nampak nya sindrom2 kemalasan dah bermula..baru challenge yang ke tiga kot.. plz don't try this at home..(-.-) 




6 comments: